HLYM umum senarai harga jualan baharu, NVX, NMAX, Ego naik harga!

oleh Mohamad Hanif|
Pengecualian duti eksais sifar peratus di bawah PEMERKASA untuk motosikal bersesaran 150cc dan ke bawah telah pun tamat tempoh pada 31 Disember yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Susulan itu, pihak Hong Leong Yamaha Motors mengumumkan kemaskini harga jualan baharu bagi barisan model untuk pasaran Malaysia.
 

NVX


Harga jualan untuk model NVX tanpa ABS kini bermula dari RM9,298, peningkatan berbanding harga lama RM8,998, sementara model NMAX turut mencatatkan kenaikan harga dari RM8,998 kepada RM9,298.

Model Yamaha 135LC SE pula kini berharga RM7,548 (harga asal RM6,868), sementara Yamaha Ego Avantiz dan Ego Gear masing-masing mencatatkan peningkatan harga kepada RM5,536 (dari RM4,873) dan RM5,998 (dari RM5,418).
 

LC


Tiada sebarang perubahan bagi model Lagenda 115Z dan Y15ZR.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk pasaran tempatan, terdapat sehingga empat pilihan warna dan grafik eksklusif yang boleh…
Berita Domestik
Berita baiknya, tiada sebarang perubahan harga diumumkan bermakna harga jualan bagi model YZF-R15…