HLYM umum 2 warna baharu Yamaha YZF-R25 - Harga bermula dari RM22,998

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini telah memberi sedikit penyegaran kepada model sportbike nya iaitu Yamaha YZF-R25 melalui pengenalan 2 warna baharunya Midnight Star dan Racing Blue.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

2 warna baharu itu boleh mula didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula 23 Mac ini dengan harga bermula dari RM22,998 tidak termasuk insurans.

2

Pembeli baharu yang membeli model sportbike itu bakal menikmati faedah tambahan dengan menerima kunci keselamatan cakera brek Yamaha bernilai RM100.

Selain pengenalan warna baharu itu, YZF-R25 masih dikuasakan oleh enjin 249 cc 2 silinder selari DOHC yang menghasilkan 35 HP dan 22.6 Nm, lengkap bersama sistem brek anti-kunci (ABS) dan lampu isyarat LED.

3

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini, warna baharu yang ditawarkan pada model YZF-R25 ini adalah warna Glacier White dan warna…
Berita Domestik
Kempen tersebut bertujuan untuk melakukan pemeriksaan terhadap hos sistem brek anti-kunci (ABS)…
Berita Global
Bentuk lampu hadapan tunggal itu nampak jelas dan juga penggunaan fork "upside down" bagi R3. Ini…