Kempen tersebut bertujuan untuk melakukan pemeriksaan terhadap hos sistem brek anti-kunci (ABS) sama ada ia mengikuti spesifikasi piawai yang telah ditetapkan ataupun tidak.
Para pemilik model yang disebutkan itu boleh terus melayari laman web khas HLYM di SINI untuk memeriksa nombor kerangka bagi memastikan jentera anda terlibat dalam kempen terbaharu ini.

Notis peringatan akan dihantar kepada para pemilik yang terjejas bermula minggu kedua Mei 2023, dan mereka disarankan untuk terus menghubungi pusat pengedar atau pusat servis yang berdaftar untuk membuat temu janji.
Para pemilik motosikal YZF-R25 dan MT-25 masih lagi boleh terus menunggang motosikal masing-masing, namun mereka boleh terus menghantar ke pusat servis sekiranya mendapati ia tidak selamat untuk ditunggang.