HLYM lancar Y15ZR, NVX 155 Doxou - harga ada sedikit peningkatan

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara tahunan Yamaha Gen Blue yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengambil kesempaan dengan melancarkan dua buah motosikal edisi terhad, dinamakan sebagai Doxou.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun ini, selain daripada pelancaran dua buah model edisi Doxou, Karnival Gen Blu Yamaha membawakan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah yang lumayan khusus buat para pengunjung dan juga peminat jenama Yamaha di Malaysia. 

Seperti yang kami maklumkan, dua unit motosikal tersebut adalah Y15ZR dan juga skuter NVX 155 yang lengkap dengan kit badan bertemakan Doxou. 

 


Edisi Doxou yang diperkenalkan tampil dengan kombinasi warna aneh - layangan warna biru matte dan diselangi dengan elemen warna copper.

Manakala rim pula hadir dengan warna hitam berjalur biru di hadapan dan di belakang pula diwarnakan biru sepenuhnya. 
 


Jika dilihat kepada spesifikasinya, Yamaha Y15ZR dan Yamaha NVX 155 masing-masing mengekalkan spesifikasi standard kilang tanpa sebarang perubahan mekanikal. 

Untuk pasaran Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor mengenakan harga jualan bermula dari RM8,868 untuk Yamaha Y15ZR manakala harga jualan NVX pula akan diumumkan kelak. 


Kedua-dua model Doxou ini boleh mula didapati di pengedar Yamaha bertauliah menjelang pertengahan bulan Ogos. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…
Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…