HLYM juga turut berkolaborasi dengan Petronas Dagangan Berhad untuk menjalankan kempen tersebut di beberapa lokasi stesen minyak Petronas yang terpilih.

Kempen tahun ini bertemakan 'Pulang Selamat, Keluargamu Menanti' sebagai meraikan keterujaan rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri setelah dua tahun berdepan dengan sekatan pergerakan.
Kempen ini bertujuan untuk mendidik kesedaran di kalangan penunggang motosikal untuk sentiasa mengamalkan tunggangan yang selamat dan memeriksa kondisi motosikal sebelum memulakan perjalanan.

Sepanjang tempoh empat hari kempen, PDB akan menawarkan pakej Petronas Coffee Break kepada pengunjung stesen minyak yang terpilih, selain berpeluang mendapatkan barangan daripada Hong Leong Bank, Racing Boy, Yukazan, MAXXIS dan juga SOS Fast Lane.
Selain itu, pihak Aeon Kredit dengan kerjasama KHI Helmet Industries akan menawarkan kira-kira 300 helmet percuma serta vest keselamatan yang ditaja oleh Pacific & Orient Insurance Co.
Berikut merupakan senarai lokasi stesen minyak Petronas yang mengambil bahagian:
- 23 April 2022 (10.00 am-2.00 pm) - Stesen Petronas Technology Park Malaysia, KL
- 25 April 2022 (10.00 am-2.00 pm) - Stesen Petronas Taman Pengkalan Utama, Ipoh, Perak
- 25 April 2022 (10.00 am-2.00 pm) - Stesen Petronas KM11 Jalan Skudai, Johor Bahru
- 26 April 2022 (10.00 am-2.00 pm) - Stesen Petronas Simpang Ampat 2, Pulau Pinang
- 27 April 2022 (10.00 am-2.00 pm) - Stesen Petronas Pekan Bandar Diraja, Pahang