Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penunggang motosikal pada waktu malam, Held memperkenalkan HLS (Held Lighting System) yang terdiri daripada tiub gentian optik dan LED daripada Osram untuk dimuatkan pada jaket keluaran Held itu sendiri.
HLS tidak didatangkan dengan pek bateri, namun ia dilengkapi dengan sumber kuasa jenis USB, membolehkan anda menggunakan tenaga elektrik daripada soket kuasa terbina pada motosikal, atau sekadar menggunakan bank kuasa (powerbank).
Setakat ini, terdapat tiga produk jaket keselamatan Held yang boleh dipasang dengan sistem pencahayaan HLS ini termasuklah Atacama, Yoshima dan juga jaket Flashlight LED.
Atacama
Sekiranya anda berminat, bolehlah terus menempah produk keselamatan buatan Jerman ini di laman web Held atau menerusi pautan yang kami sertakan di bawah.