Hispano Suiza Carmen buat kemunculan di Barcelona

oleh HEZERI SAMSURI|
Kereta elektrik Hispano Suiza Carmen akhirnya membuat kemunculan di bandar Barcelona, membuktikan bahawa syarikat itu benar-benar bersedia untuk memastikan unit-unit yang ditempah akan siap menjelang Jun 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
carmen

 

EV hyper mewah itu dipandu oleh Sergio Martinez Campos, CEO syarikat tersebut dan juga oleh Lluc Marti, Pengarah Teknikal untuk projek Carmen.

Hispano Suiza mempunyai ibu pejabat, pusat penyelidikan dan kilangnya di bandar besar tersebut.

Selepas ini, syarikat itu akan memberikan fokus untuk mencapai potensi penghasilan tenaga maksimumnya, iaitu 1,019 PS. Ia akan diuji di jalan-jalan di Sepanyol sebelum pergi ke litar terkenal Ascari untuk ujian pemanduan berkelajuan tinggi.

 

 

Trenkuasa elektrik untuk Carmen ini akan dibina oleh rakan kongsi Hispano Suiza, QEV Technologies. 

QEV juga adalah rakan teknologi untuk Pasukan Mahindra dalam perlumbaan Formula E. Ia juga menjadi pusat penyelidikan Eropah untuk syarikat dari China, BAIC.

Berita Berkenaan

Pelancaran
  Sebenarnya rekabentuk dan juga nama hypercar ini mendapat inspirasi dari Carmen Mateu, ibu…