Hiperon Fosslin - SUV hidrogen elektrik oleh syarikat Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pemula Hiperon Motors baru-baru ini mendedahkan imej rendering SUV berkuasa elektrik dan hidrogen yang digelar sebagai Fosslin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hiperon Fosslin membawakan ukuran sepanjang 4,880 mm, lebar 1,990 mm, tinggi 1,689 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,950 mm.

Jika dibuat perbandingan, Fosslin ini duduk di tengah-tengah antara Tesla Model X dan Model Y.
 

Fosslin


Ia membawakan bentuk badan SUV coupe dengan garis bumbung aerodinamik, sistem pencahayaan LED, rekaan pintu tanpa rangka tingkap, serta bahagian belakang yang dihiasi dengan spoiler ekor itik terbina.

Ruang kabin Fosslin pula membawakan susun atur empat tempat duduk, diikuti dengan kehadiran bumbung panorama yang besar, sistem pencahayaan ambien, konsol tengah yang nipis serta skrin tengah yang agak kecil.

Fosslin dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 95 kWh dengan jarak gerak sehingga 450 km, sementara motor elektrik berkembar mampu menjana kuasa 480 hp dan 670 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 5 saat.
 

Fosslin


Antara ciri lain termasuklah kawalan iklim tiga zon automatik, paparan head-up, sistem navigasi, sistem bunyi keliling 3D, slot pengecasan USB serta ciri bantuan pemandu ADAS.

Apa yang membuatkan kami tertanya-tanya, laman web Carscoops mendakwa syarikat Hiperon ini dikatakan berasal dari Malaysia, di mana imej rekaan SUV elektrik ini dihasilkan oleh studio rekaan automotif Eropah, One One Lab.
 

Fosslin


Semakan di laman web rasmi Hiperon Motors juga tidak menemukan sebarang info yang membuktikan syarikat ini berasal dari Malaysia, cuma terdapat penerangan ringkas yang mengatakan syarikat ini merupakan syarikat dari Asia.

Menurut laporan Carscoops lagi, Hiperon Motors akan menghasilkan lima unit awalan bagi model Fosslin berkuasa elektrik dan lima lagi SUV hidrogen untuk diedarkan pada suku ketiga tahun ini.

Selepas ujian dalam dunia sebenar dijalankan dengan pelanggan terpilih, Hiperon akan mula menawarkan model Fosslin untuk pasaran Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Sumber: Carscoops