Hino uji skill pemandu trak menerusi Hino Smart Driving

oleh Mohamad Hanif|
Menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada para pemandu lori dan trak, Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd sekali lagi menganjurkan peraduan komersil HINO SMART DRIVING CONTEST.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penganjuran acara ini adalah bertujuan bagi mempromosikan program tersendiri Hino Smart Driving Program di Hino Total Support Customer Center (HTSCC), Sendayan. 

Acara yang berlangsung selama dua hari itu (9-10 Oktober) dihadiri seramai 25 orang pemandu trak Hino daripada 13 buah syarikat berentap untuk memperlihatkan skil pemanduan trak yang lebih berkesan. 

Di dalam ujian ini, para pemandu akan diuji menerusi beberapa cabaran yang menarik serta merangkumi ujian teori dan praktikal. 

Ujian pemanduan pula meliputi tujuh seksyen ujian di atas jalan yang berbeza seperti simpang S, parkir di garaj, crank course, parkir selari, turn-back course, mendaki dan menuruni bukit, serta brek kecemasan di laluan basah. 

Sementara pemeriksaan harian pula meliputi aspek seperti enjin, brek, klac, memeriksa kebocoran bendalir, tahap penglihatan, komponen elektrikal serta tayar. 
 


Hino Total Support Customer Centre Sendayan merupakan pusat latihan Hino yang pertama ditubuhkan di luar negara asal Jepun, dan ia bertujuan untuk melatih para pemandu trak Hino di Malaysia yang menyentuh aspek seperti pengendalian, keselamatan, pemeriksaan kenderaan berkala serta pemanduan yang menjimatkan bahan api. 

Selari dengan hasrat untuk menguasai pasaran komersil tempatan, Hino Malaysia juga merancang untuk membuka pusat latihan bagi kegunaan kerajaan dan agensi awam. 

Jenama Hino berjaya membuktikan reputasi menerusi produk yang berdasarkan QDR (Quality, Durability & Reliability). 

Dengan dua tunjang utama "Memaksimumkan Jangka Hayat Kenderaan" dan "Meminimumkan Kos Pemilikan Kenderaan", Hino yakin akan terus menguasai aspek jualan serta servis selepas jualan menerusi pelbagai program yang melibatkan para pelanggannya. 

Berikut merupakan senarai pemenang untuk Hino Smart Driving Contest:

Kategori

Pemenang

Syarikat

Teori

Mohd Zul Amali bin Razali

GD Express Sdn Bhd

Skill Pemanduan

Thinagarau a/l Suthakakarau

VA Transmover

Pemeriksaan Harian

Mohamad Zaidi bin Ibrahim

Radifleet Sdn Bhd

Penjimatan bahan api

Saipul Nizam bin Nasohan

Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd

 

Overall Winner:

 

Pemenang

Syarikat

Juara

Mohd Zul Amali bin Razali

GD Express Sdn Bhd

1st Runner Up

Mohd Faizal Samsaini

Indah Water Konsortium

2nd Runner Up

Mohd Zaidi Ibrahim

Radifleet Sdn Bhd

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perkongsian kukuh dengan Auto Skyline Sdn Bhd (Auto Skyline), sebuah Pengedar Sah HINO yang…
Pelancaran
Hino menyasarkan untuk menyediakan lori yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan bagi…
Berita Domestik
Mara Liner merupakan syarikat yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dimana syarikat itu…