Hino serah 24 unit trak 300 Series Pro kepada KTC Shipping

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini menyerahkan 24 unit awalan Hino 300 Series Pro daripada jumlah keseluruhan 200 unit kepada pelanggan baharu mereka, Kim Teck Cheong Shipping Sdn Bhd (KTC Shipping).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

KTC Shipping merupakan sebuah syarikat subsidiari penuh Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, operator tunggal Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn Bhd dan pakar dalam membekal dan mengedarkan barangan pakej pengguna (CPG) di Malaysia Timur.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pengarah Urusan HMSM, Atsushi Uchiyama kepada Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau, serta disaksikan oleh tetamu jemputan Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.
 

Hino


Menurut Atsushi Uchiyama, "kami mengucapkan terima kasih kepada KTC atas kepercayaan yang diberikan terhadap kami, dan berasa berbangga untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka bersama-sama trak Hino.

KTC telah menetapkan sasaran untuk meluaskan pengaruh jenama Gardenia di pasaran Indonesia, dan untuk itu, syarikat tersebut membuat keputusan untuk mengembangkan lagi armada pengangkutan menerusi syarikat subsidiari KTC Shipping.
 

HINO


Trak komersial ringan XZC710R enam tayar tersebut dilengkapi dengan enjin diesel piawaian Euro 3 yang mampu menghasilkan 156 PS dan 429 Nm, bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan di Semenanjung Malaysia, malah ia juga turut menerima permintaan yang tinggi di Malaysia Timur.

Model yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu dilengkapi dengan sistem telematik pintar HINO Connect bagi menyokong operasi pengurusan armada syarikat pelanggan.

Pengguna juga boleh mendapatkan informasi berkenaan trak menerusi aplikasi myHINO yang boleh disambungkan dengan sistem telematik itu tadi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perkongsian kukuh dengan Auto Skyline Sdn Bhd (Auto Skyline), sebuah Pengedar Sah HINO yang…
Pelancaran
Hino menyasarkan untuk menyediakan lori yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan bagi…
Berita Domestik
Mara Liner merupakan syarikat yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dimana syarikat itu…