HINO Poncho mula beroperasi di JB sebagai bas mesra OKU

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kira-kira sebulan menjalankan ujian percubaan di Johor Bahru, HINO Poncho akhirnya beroperasi di laluan 10B yang dikendalikan oleh Handal Indah Sdn Bhd sebagai sebuah bas mesra OKU.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan itu, pihak pengendali turut bekerjasama dengan Iskandar Regional Development Authority (IRDA) telah menganjurkan sesi bersama golongan OKU dari Persatuan Sokongan Orang Kurang Upaya Johor Bahru pada 9 Julai yang lalu.

 


Perjalanan menggunakan HINO Poncho ternyata mendapat respons positif daripada salah seorang penumpang, Mohd Saiful Razali dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Saiful yang mengalami masalah penglihatan berkata, fizikal bas yang memiliki lantai yang rendah memudahkan beliau untuk naik dan turun dengan mudah.

Salah seorang pengguna kerusi roda, Ermy Jeffry Jamil berkata, "ciri lantai yang rendah, serta kehadiran slide ramp memberikan saya keyakinan untuk naik turun bas menggunakan kerusi roda dengan lebih mudah.

 


HINO Poncho merupakan sebuah bas mini dengan panjang tujuh meter dan memiliki ciri lantai yang rendah merupakan bas pertama seumpamanya yang memiliki ciri-ciri mesra OKU.

Ketinggian bas mini ini boleh direndahkan menggunakan sistem penyesuaian ketinggian sehingga 50 mm, dan mampu dinaikkan sehingga 30 mm untuk memudahkan pemanduan di jalan yang tidak rata.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, penggunaan 20 bas itu dibuat atas permit sedia ada Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL…
Berita Domestik
Model yang dimaksudkan adalah Hino Poncho, sebuah bas mini berukuran tujuh meter dengan posisi…