Hino mengaku data emisi telah dipalsukan selama 20 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar trak Hino Motors dalam satu kenyataan mengaku telah memalsukan data emisi sejak dari tahun 2003 lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Presidennya, Satoshi Ogiso dalam satu sidang media memohon maaf kepada semua pelanggan dan pemegang kepentingan syarikat itu.

"Saya amat kesal. Malang sekali, salah laku tersebut melibatkan pelbagai jenis model.

Menurutnya, pasukan yang bertanggungjawab membangunkan enjin tahu mereka tidak dapat memenuhi sasaran yang ditetapkan, dan disebabkan tekanan mereka bertindak memalsukan keputusan ujian.

Pada bulan Mac, Hino mengaku terdapat salah laku pemalsuan data untuk ujian emisi dan perbatuan yang diminta oleh kerajaan, dan sekumpulan pakar luar telah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.
 

HINO


Laporan 17 muka surat itu menyalahkan budaya konservatif yang diamalkan oleh syarikat tersebut, sehingga menyebabkan kekurangan penglibatan dan perpaduan di kalangan pekerja.

Kumpulan pakar memberitahu pemberita bahawa kepimpinan syarikat didapati gagal untuk melibatkan diri dengan pekerja baris hadapan, serta mengutamakan sasaran numerikal dan tarikh akhir dengan mengorbankan prosedur operasi.

Salah laku tersebut turut merangkumi ujian ketahanan yang berkait dengan emisi pada pelbagai jenis model, serta mengubah informasi kecekapan penggunaan bahan api pada enjin tugas berat.

Hino telah memanggil semula 67,000 unit kenderaan di Jepun disebabkan oleh pemalsuan data, dan difahamkan kenderaan yang terjejas mungkin menghampiri angka 300,000 unit.

Keputusan Ogiso serta eksekutif lain untuk bertanggungjawab dengan mengundurkan diri akan ditetapkan di kemudian hari setelah semakan penuh skandal tersebut dibuat, jelasnya lagi.
 

prado


Dalam pada itu, ketua eksekutif Toyota Akio Toyoda menyampaikan mesej yang dibaca oleh Ogiso pada sidang media tersebut.

"Kesilapan yang dilakukan oleh Hino telah mengkhianati kepercayaan pelanggan dan pihak berkepentingan lain. Saya amat kesal dengan apa yang berlaku," ujar Toyoda dalam mesej tersebut.

Hino turut menghasilkan kenderaan yang dijual di bawah jenama Toyota, termasuklah Land Cruiser Prado.

Kes Hino merupakan antara kes salah laku terbaharu yang melibatkan syarikat Jepun, dan ia sudah pasti satu perkara yang memalukan untuk sebuah negara yang sangat terkenal dengan disiplin kerjanya.
 

suzuki


Pada tahun 2018, tiga syarikat Jepun iaiatu Suzuki, Mazda dan Yamaha mengaku telah memalsukan data emisi tidak lama selepas Nissan dan Subaru mengakui perkara yang sama.

Pada tahun yang sama, syarikat pengeluar keluli Kobe Steel turut didapati bersalah melakukan penipuan data untuk pelbagai jenis produk yang dihantar kepada lebih 680 buah syarikat.

Tiga tahun sebelum itu, sebuah siasatan terhadap Mitsubishi mendapat terdapat salah laku pemalsuan data perbatuan yang sangat meluas untuk tempoh lebih 25 tahun.

Pengeluar itu mengakui sengaja mendiamkan masalah kegagalan kenderaan yang berlaku awal 2000-an seperti brek tidak berfungsi, klac bermasalah dan tangki bahan api yang dipasang dengan tidak sempurna.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengeluar kereta penumpang saiz kecil itu diberitakan telah menghentikan produksi di semua empat…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, rakaman daripada stesen TV NHK memaparkan pegawai dari…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, Joyson telah menjalankan siasatan terhadap kilang Takata di Jepun…