Hino Malaysia umum program servis khas buat Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan program servis khas buat ahli berdaftar Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia (PPBPM) dalam Mesyuarat Agung Tahunan PPBPM.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai Revival Service Program, ia bertujuan untuk menghidupkan semula aktiviti pelancongan dan sektor pengangkutan yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Menurut Atsushi Uchiyama, Pengarah Urusan Hino Malaysia berkata, "sebagai sebahagian daripada aktiviti CSR, kami berasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan PPBPM sebagai sokongan kami terhadap pemulihan sektor pelancongan dan pengangkutan di Malaysia.

"Diharapkan dengan inisiatif ini, ia mampu memberikan sokongan yang lebih baik terhadap pengusaha bas di Malaysia.

 


Revival Service Program ini menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk alat ganti tulen HINO serta syarat pembayaran kos penyelenggaraan sehingga 90 hari dengan bayaran muka serendah RM300.

Ahli PPBPM juga berhak menikmati lanjutan jaminan selama satu tahun untuk semua bas berjenama HINO, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tidak tertakluk kepada bas berjenama HINO sahaja, HINO Malaysia juga turut menawarkan pakej servis buat bas jenama lain yang turut merangkumi pemeriksaan on-site secara percuma bagi bas yang tidak dapat beroperasi sepenuhnya akibat pelaksanaan PKP bermula Mac tahun lalu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hiroshi Takashi yang berpengalaman di dalam jualan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan selama…
Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu akan menawarkan servis jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada pelanggan dan…
Berita Domestik
Pada 26 Oktober 2022, Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HINO) telah melantik Truck Solutions Sdn…