Hino Malaysia serah 10 unit trak sejuk beku kepada Quanterm Logistics

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) baru-baru ini menyerahkan 10 unit trak sejuk beku berjenama Hino kepada Quanterm Logistics Sdn Bhd.

Serahan tersebut terdiri daripada empat unit trak komersial ringan Hino 300 Series Pro XZC730, empat unit trak komersial medium Hino 500 Series GH8JR1A dan dua unit trak prime mover Hino 500 Series SG2PE1B.

Majlis penyerahan tersebut diadakan di ibu pejabat Quanterm Logistics dan dihadiri oleh pengurusan tertinggi kedua-dua buah syarikat.

Quanterm Logistics ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai sebuah syarikat penghantaran barang dalam pasaran domestik dan antarabangsa yang meliputi Asia Tenggara dan Oceania.
 

HINO


Berucap pada majlis tersebut, Pengarah Urusan Quanterm Logistics John Tay Chong Yen berkata, "Hino komited untuk menyediakan latihan pemanduan menyeluruh kepada para pemandu kami, dan jaringan servis yang meluas memberikan kami akses mudah untuk penyelenggaraan dan sokongan selepas jualan.

"Ini merupakan kali pertama Quanterm Logistics bekerjasama dengan Hino, dan kami percaya dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Hino kepada kami, kami pasti akan mempertingkatkan lagi kerjasama dengan Hino pada masa hadapan.

Pengarah Urusan Hino, Atsushi Uchiyama berkata, "sebagai penyedia trak, kami harus memahami asas perniagaan dan keperluan pelanggan kami. Untuk membawa muatan sejuk beku dan segar memerlukan kepakaran terutama di dalam kawalan suhu.
 

HINO


"Dengan slogan 'Transporting Every Happiness', kami percaya sekiranya produk trak kami mampu memenuhi standard dan keperluan yang ditetapkan, ia mampu melancarkan operasi pelanggan, dan penghantaran tepat pada masanya menyumbang kepada kepuasan pelanggan.

"Perniagaan-kepada-perniagaan (B2B0 merupakan rantaian perniagaan di mana pelanggan kepada pelanggan kami merupakan pelanggan kami juga, dan kami sentiasa berusaha untuk menawarkan kepuasan dan kegembiraan kepada pengguna akhir, dan itulah idea disebalik slogan kami," jelasnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
TMS merupakan penyedia perkhidmatan servis bas sehenti yang disokong oleh pasukan teknikal…
Berita Domestik
Boleh didapati di seluruh negara, bantuan tersebut merangkumi pemeriksaan percuma, diskaun sehingga…
Berita Domestik
KTC Shipping merupakan sebuah syarikat subsidiari penuh Kim Teck Cheong Consolidated Berhad,…