Hino Malaysia sambut pencapaian unit yang ke-100,000!

oleh Mohamad Hanif|
Sejak mula ditubuhkan pada tahun 1977, Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd hari ini mengumumkan pencapaian terkini syarikat tersebut dengan unit jualan yang ke-100,000.
Modenas

Unit yang ke-100,000 tersebut diserahkan kepada pelanggan mereka, Ikhasas Resources Sdn Bhd dalam satu sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di ibu pejabat HMSM di Petaling Jaya. 

Turut sama hadir dalam upacara penyerahan trak Hino tersebut adalah Pengarah Urusan HMSM, Atsushi Uchiyama, Dato' Roslan Zainal selaku pengarah Ikhasas Resources serta barisan pimpinan tertinggi Hino Malaysia. 

Ikhasas Resources juga turut menerima hadiah penghargaan berupa trip ke Jepun untuk dua orang serta peluang  untuk melawat Hino Motors Limited di Jepun. 
 


Model trak yang ke-100,000 merupakan Hino 500 Series model FM2PN2D dengan konfigurasi pacuan 6x4 dan trak tugasan sederhana yang ideal untuk kegunaan operator. 

Mengikut data penjualan kenderaan yang dikeluarkan oleh Malaysian Automotive Association (MAA), Hino Malaysia menduduki tangga teratas dengan pegangan pasaran 37.0 peratus dalam segmen trak, dan 61.9 peratus di dalam segmen bas. 

Secara keseluruhan, HMSM berjaya menjual kira-kira 5,520 unit kenderaan dengan pegangan pasaran sebanyak 38.1 peratus, melayakkan mereka menduduki tempat pertama di dalam jualan keseluruhan trak dan bas. 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganjuran acara ini adalah bertujuan bagi mempromosikan program tersendiri Hino Smart Driving…
Berita Domestik
Terletak di kawasan yang strategik, fasiliti berkeluasan 1,404 kaki persegi ini memulakan…
Berita Domestik
Sijil tersebut disampaikan bagi menghargai salah sebuah daripada lori Hino yang dimiliki oleh GDEX…