Hino Malaysia rasmi pembukaan pusat 3S pertama di K. Terengganu

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti yang lebih meluas kepada para pengguna, Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd telah membuka sebuah pusat 3S bertempat di Kuala Terengganu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terletak di kawasan yang strategik, fasiliti berkeluasan 1,404 kaki persegi ini memulakan operasinya bulan ini dan dioperasikan oleh Sumai Engineering Sdn Bhd. 

Pembukaan pusat 3S Hino ini disempurnakan oleh barisan pengarah daripada kedua-dua belah pihak, Hino Malaysia dan Sumai Engineering, serta dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim. 

Selain mampu mempamerkan barisan trak baharu, pusat 3S ini juga berfungsi sebagai pusat sehenti yang mampu menawarkan sehingga 10 ruang servis, ruang menunggu yang lengkap dengan makanan dan Wi-Fi percuma untuk para pelanggan. 

 


Membawakan reka bentuk yang baharu dan lebih malar segar, fasiliti baharu ini bukan sahaja direka untuk meningkatkan kecekapan, akan tetapi menampakkan hala tuju inovatif Hino dalam memberikan khidmat pelanggan yang berkualiti. 

Sehingga kini, Hino Malaysia mempunyai 37 buah pusat 3S di seluruh negara. 

Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi Sumai Engineering Tuan Hj Wan Mahyuddin Wan Sulaiman berkata, "Hino telah berjaya menembus pasaran semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan juga Brunei, menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap trak Hino serta keyakinan terhadap Hino QDR - Quality, Durability and Reliability.

"Sumai Engineering dilantik oleh Hino untuk mengoperasikan pusat 2S, dan dengan sokongan daripada pelanggan dan ahli keluarga Hino, Sumai Engineering kini mula mengoperasikan pusat 3S pertama di Terengganu," ujar beliau lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perkongsian kukuh dengan Auto Skyline Sdn Bhd (Auto Skyline), sebuah Pengedar Sah HINO yang…
Pelancaran
Hino menyasarkan untuk menyediakan lori yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan bagi…
Berita Domestik
Mara Liner merupakan syarikat yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dimana syarikat itu…