Hino Malaysia buka pusat pameran 3S baharu di Klang

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motor Sales Malaysia Sdn Bhd kini bersedia untuk memberikan khidmat yang lebih menyeluruh kepada para pelanggannya di Klang dengan pembukaan pusat pameran bertaraf 3S.
Modenas

Dioperasikan oleh Eng Kee Commercial Vehicles Sdn Bhd, pusat pameran 3S Hino ini yang terletak di Lot 230, Persiaran Raja Muda Musa, Telok Gadong Kecil ini juga amat strategik lokasinya kerana ia juga berada di radius yang berdekatan dengan Pelabuhan Klang.

Dengan keluasan 24,000 kaki persegi, pusat 3S Hino ini mampu menawarkan sehingga tiga ruang servis, manakala untuk keselesaan pelanggan disediakan ruang menunggu yang menyajikan makanan, minuman serta sambungan Wi-Fi secara percuma. 
 


Sebelum ini, Eng Kee Commercial Vehicle telah lama menjalinkan kerjasama dengan Hino Malaysia dengan mengoperasikan pusat 1S yang hanya memfokuskan kepada penjualan trak semata-mata. 

Kini, dengan adanya pejabat baharu ia bukan sahaja mampu untuk meningkatkan kadar penjualan, malah ia juga turut sama memastikan hasrat Hino Malaysia dalam memberikan khidmat selepas jualan yang berkualiti kepada pengguna. 

Sehingga kini, Hino Malaysia telah pun mempunyai 37 buah pusat pameran bertaraf 3S di seluruh negara, lengkap dengan standard dan imej korporat Hino. 
 


Selari dengan konsep Total Support yang diperkenalkan oleh Hino Malaysia, Hino Malaysia turut memperkenalkan jaminan baharu kepada trak tugas ringan HINO 300 Series. 

Berbanding jaminan terdahulu yang didatangkan dengan tempoh tiga tahun dan perbatuan 100,000 km, Hino Malaysia mengemas kini jaminan tersebut kepada lima tahun dan perbatuan sehingga 200,000 km, serta merangkumi aspek trenkuasa trak tersebut. 

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran
Pengenalan HINO 300 Series Pro ini hadir dengan tagline 'Built for Ultimate Customer Success', dan…
Berita Domestik
Unit yang ke-100,000 tersebut diserahkan kepada pelanggan mereka, Ikhasas Resources Sdn Bhd dalam…
Berita Domestik
Acara tahunan ini disertai oleh 130 orang peserta dari 36 buah syarikat pengedar berdaftar di bawah…