Hino menyasarkan untuk menyediakan lori yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan bagi menyokong perniagaan pelanggan mereka, pelancaran HINO 200 Series didatangkan dengan slogan 'Just Low, Just Fit.'
Pengarah Urusan HMSM, Atsushi Uchiyama berkata "HINO 200 Series direka untuk kejayaan perniagaan pelanggan kami dan ia dilengkapi dengan ciri seperti akses mudah ke jalan yang lebih kecil atau sempit dan keperluan untuk perubahan dalam industri kenderaan komersial."
"Kenderaan komersial ringan baharu kami, HINO 200 Series adalah salah satu produk yang telah kami usahakan untuk mencapai kepuasan pelanggan.”
Sempena pelancaran model tersebut, Hino turut mengadakan majlis penerimaan pra-tempahan oleh Mighty Bakery Sdn Bhd yang telah menempah lori tersebut sebanyak 10 unit.
Siri baharu HINO 200 Series datang dengan satu model beroda empat buat masa ini, ianya merupakan siri pertama yang akan menerima enjin Euro 4 turbo inter-cooled dan memiliki keserasian B20 Diesel.
Enjin yang kini lebih senyap itu mampu menghasilkan 144 HP dan 300 Nm, dimana ianya mampu memberikan kawalan emisi dan pembakaran bahan api yang lebih bersih.
Ciri utama bagi HINO 200 Series baharu ialah ketinggian kabin rendah dan ketinggian dek rendah, dimana ia memberikan akses mudah kepada pelanggan untuk memuat dan memunggah kargo mereka.
Kurungan pelekap juga tersedia pada rangka casis untuk pemasangan badan yang mudah dan terus, ia juga memiliki ketinggian kabin rendah di bawah 2 meter yang membolehkannya mengakses lebih banyak lagi kawasan berbumbung rendah.
HINO 200 Series baharu itu sesuai untuk kegunaan 3 jenis badan iaitu kargo, van kotak dan trak mudah alih, yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan dalam industri.
Dari segi keselamatan, HINO 200 Series didatangkan dengan Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control untuk memberikan pemanduan yang lebih selesa dan selamat.