Hino lancar pusat 3S di Johor Bahru, dikendalikan oleh Auto Skyline Sdn Bhd

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan secara rasmi pusat 3S bertempat di Johor Bahru dan dikendalikan oleh pengedar bertauliah HINO, Auto Skyline Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Auto Skyline sebelum ini dilantik sebagai pusat jualan Hino (1S) pada April 2002.

Pusat 3S terbaharu itu direka sebagai pusat solusi sehenti bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat, terletak di lokasi strategik Kawasan Perindustrian Tebrau dan mempunyai fasiliti berkeluasan 8,160 kaki persegi.

 


Selain menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti, Pusat 3S HINO JB ini juga turut menyediakan kemudahan seperti makanan dan minuman, sambungan Wi-Fi percuma, dan ruang pelanggan yang mempunyai sistem pendingin hawa dan siaran TV.

Sehingga kini, HMSM mempunyai 35 buah rangkaian pusat 3S bertauliah HINO  di seluruh negara yang bakal memenuhi standard dan imej korporat baharu HINO.

Auto Skyline beralamat di PLO 178, Jalan Angkasa Mas 6, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, 81100 Johor Bahru dan dibuka dari Isnin hingga Sabtu, jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Untuk pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi talian 07-355 3433 atau faks 07-355 8433.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan perjanjian yang dimeterai dengan kepercayaan dan keyakinan antara HMSM, Auto Skyline,…
Berita Domestik
Hino Malaysia mengambil inisiatif bagi mengadakan pertandingan itu untuk meningkatkan kemahiran dan…
Berita Global
Kerjasama tersebut bakal menyaksikan Toyota, Suzuki dan Daihatsu membangunkan sebuah sistem BEV…