Hino bekerjasama dengan Mara Liner, lancarkan pusat servis baharu di Bandar Muadzam Shah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hino Motors Sales Malaysia Sdn Bhd (Hino) baru-baru ini telah melancarkan pusat servis baharunya, iaitu HASO ((Hino Approved Service Outlet) melalui kerjasama dengan Mara Liner Sdn Bhd (MLSB).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mara Liner merupakan syarikat yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dimana syarikat itu memfokuskan pada pengangkutan awam, perkhidmatan logistik dan perkhidmatan bas di seluruh Semenanjung Malaysia.

Hino dan Mara Liner bersetuju untuk memanfaatkan kemudahan sedia ada, dimana ianya akan mengembangkan lagi keupayaan perniagaan kedua syarikat tersebut dalam bidang rangkaian perkhidmatan dan komersial.

Perasmian HASO di Bandar Muadzam Shah telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Hino, Atsushi Uchiyama, Pengarah Hino, Ahmad Yasmin Yahya, Ketua Pengarah MARA, Dato' Sri Azhar Bin Abd Manaf, serta CEO MLSB, Zachary Ismail.

 

2

 

Pusat servis baharu itu terletak di Lot 27 Kawasan Perindustrian Muadzam Shah, dimana ianya memiliki keluasan seluas 43,560 kaki persegi.

Ia dilengkapi 5 ruang servis termasuk 2 ruang pit, dengan kelengkapan dan alatan terkini bersama sistem Hino Diagnostic (DX II) yang membolehkan 12 kenderaan di servis pada waktu yang sama.

Fasiliti itu juga dilengkapi dengan ruang menunggu untuk pelanggan yang turut ditawarkan bersama WiFi percuma.

Pusat servis baharu itu diketuai oleh pengurus baik pulih penyelenggaraan (MRO), Mohd Adam bin Mohd Idris bersama 10 orang juruteknik berkelayakan, di samping penawaran khidmat bantuan kerosakan 24 jam.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perkongsian kukuh dengan Auto Skyline Sdn Bhd (Auto Skyline), sebuah Pengedar Sah HINO yang…
Pelancaran
Hino menyasarkan untuk menyediakan lori yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan bagi…
Berita Domestik
Hino Malaysia mengambil inisiatif bagi mengadakan pertandingan itu untuk meningkatkan kemahiran dan…