HIMPUNAN SANTAI ANAK UTARA DITANGGUHKAN, KES COVID-19 MENINGKAT

oleh Hamimah Hamid|
PERHIMPUNAN Santai Anak Utara (SAU) 9.0 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini di Bukit Merah Lake Town Resort terpaksa ditunda atas nasihat Majlis keselamatan Negara (MKN) dan pihak polis.

Pengajur SAU 9.0, Mohd Saifuddin Elias yang juga dikenali sebagai Acai berkata, program tersebut terpaksa ditunda ekoran jumlah kes Covid-19 yang kembali meningkat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kita telah membuat permohonan kepada Pengarah MKN dan pehimpunan ini diluluskan sebelum kes jangkitan meningkat. Namun saya akur atas saranan MKN dan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid supaya SAU ditangguhkan dahulu. 

“Polis maklumkan tidak mahu ada kluster SAU ekoran perhimpunan ini. Jadi saya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak-pihak terlibat dan semua bersetuju SAU 9.0 ditunda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Sungai Petani, Kedah hari ini.

acai ditengah

Menurut Acai, segala persiapan untuk perhimpunan SAU Sabtu ini telah memasuki fasa akhir seperti persiapan tempahan baju SAU, New Years Gathering, kelulusan tapak termasuk kemudahan logistik.

Malah katanya, hampir 8,000 peserta dari seluruh negara telah mendaftar untuk menyertai perhimpunan yang dijadual berlangsung dari pukul 4 petang gingga 11 malam itu.

“Pelbagai pengisian telah kita rancang untuk perhimpunan ini seperti Penungangan Berhemah Bersama Wazi serta program bersama Petronas Cub Prix.

“Kita juga adakan slot Tazkirah Bersama Ustaz Shahmugam dan Ustaz Jekrod. Program Belia Benci Rasuah bersama SPRM, Diskusi Hala Tuju Anak Muda Bersama Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta slot Belia Mahir Mencari Kerja.” 

Namun ujar Acai, melihat kepada trend jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, penganjur SAU terpaksa walau pun pada saat-saat akhir. 

Katanya, peserta bagaimana pun tidak perlu bersedih kerana perhimpunan tersebut akan kembali diadakan bulan Disember nanti di bawah satu program baru iaitu 10 Tahun Anniversary Santai Anak Utara.

Katanya,program baru itu nanti akan menggabungakn SAU 8.0, SAU 9.0 serta dan SAU 10.0 di bawah satu program yang dijangka berlangsung di Kedah atau pun Perak.