JPJ telah menyatakan syarat-syarat yang perlu dipersetujui dalam pelaksanaan program tahunan tersebut.
“JPJ bukan sengaja cari salah, kita berlandaskan kepada peraturan sebab kita hendak jaga keselamatan awam. Kita perlu pastikan jalan raya itu selamat", kata Aedy.
"JPJ terpaksa ambil tindakan berdasarkan aduan daripada orang awam. Orang awam adalah kepentingan JPJ dan langkah keselamatan diambil untuk semua yang berada di Terengganu adalah selamat dan bukan setakat peserta program itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Selangor, pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tohmahan segelintir pihak susulan penganjuran pada tahun lalu yang mencetuskan kontroversi apabila banyak motosikal peserta disita akibat ‘dipukat’ dalam sekatan jalan raya dilakukan JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan.
Aedy Fadly mengingatkan semua peserta yang berhimpun agar mematuhi jalan raya dan peraturan bagi kenderaan yang ingin dibawa dalam program tersebut.
- Kepada para peserta RX-Z Members 6.0, berhati-hati di jalan raya, berhibur berpada-pada, semoga perjalanan anda selamat hendakNya -
Artikel sepenuhnya di Sinar Harian