Bukan sekadar sentuhan bersifat kosmetik, akan tetapi Himalaya turut memberikan penekanan kepada aspek pemanduan jentera 4x4 ini, serta kemasan kabin yang mewah.

Hue 166 dilayangkan dengan warna klasik Grasmere Green, bumbung yang dicat putih, fender kustom yang lebar serta padanan rim retro bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar BFGoodrich.
Meskipun luaran nampak klasik, Himalaya telah membina semula platform ladder-frame kustom yang lengkap dengan gandar Dynatrac, suspensi gegelung four-link, serta sistem perberhentian Brembo dengan brek cakera.

Unit kuasa pula disumberkan daripada Chevrolet Corvette, iaitu enjin LT4 V8 supercharger yang mampu menghasilkan 650 kuasa kuda yang disalurkan kepada sistem pacuan empat roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan.
Usaha untuk menawan laluan off-road dibantu dengan perlindungan bawah badan, bampar logam serta pemasangan rock slider.

Ruang kabin Defender Hue 166 ini menampilkan kemasan upholsteri jahitan tangan, serta ciri moden seperti sistem infotainmen JVC dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem bunyi premium serta kawalan iklim dua zon.
Untuk projek restomod Defender Hue 166 yang serba lengkap ini, Himalaya menawarkan harga $300,000 (RM1.26 juta).