Hilux tersangkut di pantai Batu Laut

oleh SALINA JALIL|
Tular video sebuah kenderaan pacuan empat roda tersangkut di kawasan cetek pantai Batu Laut, semalam.


Berdasarkan video berdurasi 20 saat yang tular itu kelihatan seorang individu cuba menolak kenderaan tersebut untuk dibawa keluar dari kawasan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut perakamnnya, kenderaan jenis Toyota Hilux itu berada di pantai berhadapan Masjid Batu Laut.

 

“Ada sebuah Hilux sangkut di laut memerlukan bantuan. Kalau ada sesiapa boleh bantu untuk menarik keluar.

 

“Dulu ada sebiji Hilux yang pernah sangkut, macam mana pengalaman hendak keluarkan. Lagi satu jam air pasang,” katanya.

 

Video itu mendapat pelbagai komen daripada netizen termasuk menyifatkan cuba meniru apa dilakukan di luar negara.

 

“Kali kedua rasanya benda macam ini. Ini mesti orang luar yang acah-acah macam dekat ‘oversea’ naik 4X4 travel. Jalan dekat pasir,” kata pengguna Facebook, Hasanah Misni.

 

Sebagai peringatan, sebesar mana pun sebuah kenderaan jika tayar yang digunakan tidak sesuai dengan permukaan bumi, lebih-lebih lagi kawasan berpasir atau berlumpur, maka 'berkhemah' lah didalamnya selagi bantuan tidak dihulurkan -

 

Tidak dapat dipastikan kesudahan kisah Hilux tersebut, samada menerima bantuan yang diperlukan atau ditenggelami air.

 

Video tersebut di bawah ini:

 

 

 

 

Kosmo

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Wanita tersebut kemudian dikejarkan ke Hospital Safdarjung di mana dia disahkan meninggal dunia…
Berita Domestik
  Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…
Berita Domestik
  Operasi memindahkan penumpang feri Express Bahagia 98 yang terkandas di perairan Kuala Kedah…