Hilux rempuh tiang penghadang, tergantung di jejambat

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Utusan Malaysia
Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh tiang penghadang dan tergantung di atas jejambat berhampiran pusat beli-belah Mahkota Parade di Melaka, awal pagi Ahad.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa yang berumur 30-an ditemukan dalam keadaan tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Abdul Rahman berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 2.33 pagi. 

 

Katanya, sepasukan 12 anggota bersama-sama sebuah jentera dan Perkhidmatan Penyelamatan serta Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi. 

 

“Setibanya di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta jenis Toyota Hilux telah merempuh penghadang dengan keadaan sebahagian kereta tergantung di atas jejambat. 

 

“Terdapat seorang pemandu lelaki tersepit dan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa dilakukan,” katanya lagi.

 

 

– UTUSAN ONLINE 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pesawat itu bergerak di landasan, terbakar dan…
Berita Global
  Lima daripada yang cedera dalam keadaan kritikal, empat dalam keadaan stabil manakala 16 cedera…
Berita Global
  Insiden pergaduhan tercetus pada waktu subuh di hadapan sebuah restoran yang menganjurkan majlis…