Hilux, Land Cruiser boleh guna diesel HVO100, minyak masak salah satu sumber

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Hilux
Toyota Hilux
Bermula suku pertama 2023, Toyota akan mengeluarkan Hilux* dan Land Cruiser pasaran Eropah Barat yang boleh menggunakan diesel HV0100.

Sebelum ini Toyota menawarkan siri Proace yang serasi dengan diesel HVO100.

Diesel jenis itu adalah bahan bakar bukan fosil yang 100 peratus diperbuat daripada sumber boleh diperbaharui seperti sisa minyak masak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Land Cruiser

 

Hydrotreated Vegetable Oil

HVO100 merujuk kepada Hydrotreated Vegetable Oil dan mematuhi standard kualiti EN 15940 Eropah untuk diesel parafin (diesel bersih).

Ia mempunyai nombor setana c80 berbanding diesel biasa dan kandungan sulfur dan aromatik yang rendah.

HVO100 diperbuat daripada minyak sayuran seperti minyak sawit, biji sesawi atau sisa seperti minyak masak terpakai.

1,000 pam minyak

 

Toyota Hilux

 

Di benua Eropah, jumlah fasiliti HVO100 semakin meningkat dengan hampir 1,000 pam minyak di Belgium, Belanda, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania, Belanda, Norway dan Sweden.

Sasaran yang mahu dicapai ialah 15.5 juta tan menjelang 2030 berbanding sekitar 4 juta tan pengeluaran semasa setiap tahun.

Masih boleh guna diesel biasa

Penggunaan HVO100 melibatkan pelarasan pada sistem suntikan bahan api bagi meningkatkan jumlah minyak.

Ianya dibuat kerana HV100 kurang tumpat berbanding diesel biasa. Perubahan tersebut tidak menjejaskan kemampuan kenderaan untuk menggunakan diesel biasa.

 

Toyota Land Cruiser

 

Maknanya, pemandu masih boleh menggunakan diesel biasa atau HVO100.

Seperkara lagi, perubahan pada sistem suntikan juga menjadikan enjin sedikit lebih berkuasa.

*Hanya untuk pasaran Eropah Barat, model keluaran kilang Toyota Afrika Selatan (TSAM).

Penulis: Muhammad Md Tajudin