Hilux JB - bukan calang-calang!

oleh Careta.my|
Modifikasi trak pikap memang semakin popular, apa lagi dengan komponen-komponen dan alatganti yang mudah didapati dari Thailand. Apa yang menjadi halangan ialah kos dan kreativiti. Ada pemilik yang mempunyai kemudahan kewangan, tetapi daya kreativiti yang tidak begitu tinggi menjadikan hasilnya layak dihumban ke laut. 02-IMG_6548 Kali ini, Careta paparkan contoh sebuah trak modifikasi yang baik dan penuh dengan kreativiti dari Johor Bahru juga. Mohd Firdaus Rohaizat atau nama gelaran ‘glamour” beliau, Baber, 30 tahun mempunyai sebuah Toyota Hilux 2.5L VNT tahun 2014, sebuah trak lazim yang popular di seluruh dunia. Tanpa sebarang modifikasi, Hilux tidak akan menyerlah kerana ada berjuta-juta Hilux di seluruh dunia. Sebenarnya, Toyota telah menjual lebih dari 16,000,000 (untuk yang mempunyai masalah Matematik, ia adalah 16 juta) Hilux di seluruh dunia sejak ia diperkenalkan pada Mac 1968. 06-IMG_6556 Apa yang menjadikan Hilux milik Firdaus dari Taman Bukit Kempas ini lain dari jutaan Hilux di luar sana? Apa yang dilakukan oleh Firdaus ialah campuran teknikal dan kosmetik. Mungkin pengalaman memiliki Perodua Kenari sebelum ini memberikan beliau lebih idea bagaimana Hilux ini boleh dinaik-taraf. Contohnya menerima perubahan pada paip-paip yang diganti kepada paip alloy, penutup blok atas jenis HPD dan pelbagai lagi komponen alloy berwarna yang dilakukan dengan bijak agar ruangan enjin trak pikap ini nampak kemas dan cantik. 09-IMG_6564 Perubahan teknikal lebih kepada sistem elektronik, iaitu penggunaan alat Monster Max dari jenama Ecu-Shop (juga dari Thailand) dan juga intercooler baharu yang lebih besar. Penyuntik bahan bakar ditukar kepada jenis Denso untuk lebih tenaga dari enjin (modifikasi lazim dilakukan oleh pemilik trak pikap untuk penambahan tenaga, dan juga asap hitam). 03-IMG_6550 Brek hadapan menerima “upgrade” yang sangat menarik - brek angkup dan cakera dibuang ke tasik dan digantikan dengan sat set brek Ap racing 6-pot yang memang menggiurkan. Terkesima penulis melihatnya, sehinggakan isteri dan teman wanita bergaduh di belakang pun tidak diendahkan. Roda aloi TE 37 bersaiz 20-inci dipadankan dengan tayar Bridgestone ukuran 275/40 R20 untuk hadapan dan 315/35 R20 untuk belakang. Gaya “staggered” ini memang diimpikan ramai dan memang sangat garang jika dilihat dari belakang. Sistem gantungan ialah dari jenis Aztex Force Thailand bolehlaras dengan bar-bar penstabil di belakang. [gallery size="medium" ids="27464,27465,27466"] Bahagian luaran, hood atau bonet ialah dari jenis carbon-fibre, siap dengan tingkap akrilik Perspex agar enjin boleh dilihat dari luar. Lampu hadapan juga lain, siap dengan light-tube. Fender, bamper hadapan, pintu-pintu, spoiler, tail-gate, semuanya dari jenis komponen carbon-fibre dari jenis Akana. Mungkin beliau sudah layak menjadi duta Akana di Malaysia. 10-IMG_6572 [gallery size="medium" ids="27469,27470,27471"] Kabin dalam juga membuatkan kami teruja. Stereng carbon-fibre yang boleh didongakkan untuk memudahkan pemandu keluar masuk, tempat duduk Recaro SR3 Tomcat berwarna kuning berdiri megah di bahagian hadapan dan barisan meter-meter disusun cantik. Yang menambat hati penulis ialah tuil gear yang dimodifikasi agar nampak seperti tuil gear quickshift untuk transmisi manual. Nampak sangat gah walaupun ia sebenarnya tuil gear automatik yang diberi penambahan. 15-IMG_6586 Bahagian belakang trak Hilux ini dihiasi dengan bar-bar pengukuh badan (chassis stiffener) dan kami yakin Firdaus tidak menggunakan Hilux ini untuk perniagaan kambing dan lembu beliau. 07-IMG_6558 Firdaus berkata, Hilux beliau kini menghasilkan 220 hp dan beliau telah menghamburkan sebanyak Rm50,000 atau lebih untuk modifikasi pikap tersebut. Firdaus mengucapkan terima kasih kepada bengkel dan juga penaja beliau, MZ Autoshop untuk kerja-kerja modifikasi yang telah dilakukan. Tahniah Firdaus dan terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami akan Hilux unik ini. Semoga impian Firdaus untuk memiliki sebuah BMW akan tercapai dalam masa terdekat ini. Terima kasih juga kepada Shah Adam Photography untuk liputan dan gambar-gambar yang mantap! 21-IMG_6604 [gallery size="medium" ids="27475,27476,27477,27478,27479,27480,27481,27482"]

Add new comment