Hilux, Innova, Fortuner terima kemaskini Apple CarPlay & Android Auto, ciri BSM & RCTA sebagai opsyen

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota (UMWT) kini memperkenalkan varian baharu buat Toyota Hilux, iaitu Hilux 2.8 Black Edition yang menggantikan varian Hilux 2.8 L-Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan yang dibawakan pada varian Black Edition ini termasuklah tema kemasan warna luaran hitam dan kelabu gelap, serta kemasan hitam berkilat pada pemegang pintu, perumah lampu kabus, cermin sisi serta rim 18 inci. 

Kemasan kelabu pula digunakan pada pelindung bampar, dan juga gril hadapan. 

 


Menjadikan trak pikap ini lebih moden, ia turut menerima sistem infotainmen bersaiz 6.75 inci yang lengkap dengan sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay. 

Antara aksesori opsyen yang ditawarkan termasulah Vehicle Telematics System (VTS) dengan sistem rakaman pemanduan digital (DVR) di hadapan dan juga di belakang dengan yuran langganan percuma selama tiga tahun melalui pembelian pakej insurans Toyota. 

Ciri keselamatan lain seperti sistem pemantauan titik buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) juga turut ditawarkan. 
 


Selain daripada pengenalan varian baharu Toyota Hilux, model lain seperti Fortuner dan Innova juga hadir dengan kemas kini penawaran aksesori. 

Untuk Toyota Fortuner 2.7 SRZ dan 2.4 VRZ, kedua-dua model ini didatangkan dengan sistem infotaiment bersaiz 9 inci yang turut didatangkan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto sebagai standard. 

Varian Fortuner 2.4 juga kini diberikan tujuh beg udara sebagai perlindungan tambahan, dan pembeli boleh memilih untuk memasang perakam video digital di belakang. 

Harga jualan bagi Fortuner 2.7 SRZ AT dan 2.4 VRZ AT tidak berubah, namun untuk varian 2.4 AT, ia dijual pada harga bermula dari RM171,500 (tanpa insurans).
 


Sama seperti Fortuner, Innova 2.0X dan 2.0G juga didatangkan dengan ciri sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay, serta ciri pemasangan perakam video digital di belakang sebagai opsyen. 

Bagi mereka yang mahukan lebih keselamatan, pelanggan boleh memilih untuk memasang sistem pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang pada Innova mereka. 

Ketiga-tiga varian Innova yang ditawarkan - 2.0X, 2.0G dan 2.0E - masing-masing tidak mengalami sebarang perubahan harga. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…