Hilux Hybrid dalam perancangan!

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota dalam proses pembangunan varian hibrid untuk trak pikap nombor satu dunia, Hilux.

Hilux generasi terkini telah dilancarkan dalam tahun 2015 dan Toyota akan melancarkan generasi terbaharu untuk trak pikap untuk dalam tahun 2023.
Modenas

Varian hibrid untuk generasi baharu itu sejajar dengan keputusan Toyota untuk memastikan setiap model produk jenama itu hadir dalam varian yang menggunakan teknologi elektrik sepenuhnya ataupun hibrid menjelang 2025.

Toyota mendedahkan pelan Hilux Hybrid itu kepada media Australia semalam di Tokyo Motorshow 2019 yang sedang berlangsung sekarang.

 

Hilux bakal menjadi kenderaan paling tinggi jualannya di Australia untuk tahun 2019 bagi kali keempat berturut-turut.

Walaupun Toyota masih tidak dapat memberikan sebarang indikasi bahawa Hilux Hybrid bakal menggunakan teknologi hibrid-diesel atau hibrid-petrol, Naik Presiden Toyota Australia, Sean Hanley tidak menidakkan kemungkinan penggunaan enjin turbo-diesel dengan bantuan elektrik.

Hanley juga menerangkan Hilux Hybrid dan kenderaan perdagangan hibrid adalah jawapan kepada keperluan pelanggan-pelanggan luar bandar dan industri pertanian di Australia.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita terbaharu ini sedikit sebanyak memberikan penjelasan kemungkinan kenapa Toyota masih lagi…
Berita Global
Menurut kajian terbaharu daripada iSeeCars, jenama yang sinonim dengan ketahanan dan…
Berita Global
Toyota berkata peningkatan jualan ini ialah kerana pengembangan model-model menggunakan paltform…