Hilux 'dilarikan' dalam masa tiga minit!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Harian Metro
Kejadian berlaku di Taman Desa Indah, Putra Nilai, Negeri Sembilan pada jam 4.20 pagi pada hari Ahad, di mana sekumpulan penjenayah dirakam melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik seorang lelaki yang diparkir di hadapan kediamannya.


Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan rumah pemilik, pencuri itu dilihat sangat mahir kerana hanya mengambil masa tiga minit untuk menghidupkan kenderaan tanpa mengeluarkan bunyi penggera.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pemilik Toyota Hilux yang sedang tidur, hanya menyedari pacuan empat roda itu dilarikan selepas dimaklumkan melalui panggilan telefon daripada pusat khidmat pelanggan Toyota.

 


Ketika dihubungi oleh Harian Metro, pemilik S Dinend berusia 26 tahun berkata,"kenderaan saya itu memiliki sistem penggera dan pengesanan kedudukan global (GPS). Pusat khidmat memaklumkan kenderaan saya mungkin dilarikan sebelum saya memeriksa di luar rumah," katanya lagi.

 


Melalui pemeriksaan CCTV, beliau mendapati sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu telah berhenti di hadapan Toyota Hilux miliknya sebelum seorang lelaki dilihat keluar dan menghampiri kenderaan itu.

 


"Daripada rakaman, kumpulan ini sangat mahir melakukan kerja mencuri kereta. Saya kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai, semalam," katanya.

 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim memaklumkan nombor pendaftaran Honda Civic yang digunakan suspek adalah palsu.

 


"Kami menerima laporan daripada mangsa dan kini sedang melakukan siasatan untuk memburu suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan," katanya.
 

 

- Careta pernah menulis tentang 'kereta-kereta panas' yang menjadi sasaran pencuri, antara yang menjadi idaman mereka adalah Proton Wira, Toyota Hilux dan pelbagai lagi, pastikan anda 'menggari' kenderaan anda ini sebaiknya untuk mengelakan dari kes kecurian -

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Siasatan awal mendapati kenderaan curi tersebut dijual semula sama ada di dalam negara atau di…
Berita Domestik
  Katanya, dua motosikal termasuk milik rakannya, Muhamad Nor Hafiz Yahaya, 34, disedari hilang…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihak…