Hilux dan trak pikap lain bukan lagi idaman pencuri

oleh HEZERI SAMSURI|
Suatu ketika dahulu trak pikap menjadi buruan utama pencuri kenderaan di dalam negara.

Perbualan Careta dengan Allianz, gergasi insurans dari Jerman itu nampaknya menunjukan tren sudah berubah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Genre trak pikap seperti Toyota Hilux dan Ford Ranger bukan lagi menjadi buruan pencuri kenderaan," ujar Damian Williams, Ketua Tuntutan Allianz General dalam perbualan pendek bersama beliau menerusi telefon pagi tadi.

Namun begitu, beliau berkata kereta-kereta segmen D seperti Toyota Camry dan Honda Accord masih menjadi buruan pencuri walaupun jumlah kes pencurian kenderaan di dalam negara dilihat turun secara keseluruhan sejak tiga tahun kebelakangan ini.

"Kereta-kereta mewah Eropah juga semakin sukar dicuri kerana teknologi keselamatan yang tinggi," sambungnya.

 

 

Seorang pakar industri yang ditemui oleh Careta pula berpendapat industri insuran kenderaan negara masih lagi tidak bebas untuk menentukan kadar premium yang ditentukan. 

Malah industri insuran kenderaan Malaysia dilihat semakin lama semakin mundur jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lain.

"Kita ada banyak isu yang tidak berani disentuh oleh Bank Negara. Contohnya isu tuntutan liabiliti kecederaan anggota (Bodily Injury) yang tidak mempunyai had maksimum atau sebarang paras rasmi. 

"Apa yang terjadi sekarang ialah semua pelanggan akan sama-sama membayar risiko lain walaupun ada pelanngan yang sebenarnya mempunyai risiko yang rendah," terang beliau.

 

 

"Jika ini diteruskan, Malaysia akan menjumpai jalan buntu dalam masa beberapa tahun lagi kerana perkembangan teknologi yang pesat memerlukan tarif insuran yang lebih bebas.

"Contoh terbaik ialah kereta autonomi dan kereta terbang - bagaimana pihak Bank Negara mahu menetapkan insuran untuk kenderaan begitu?" soalnya ringkas.

Mungkin cadangan liberasi tarif insuran kenderaan yang tergendala itu perlu disambung kembali sekarang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…