Hilang kawalan terlanggar lubang, pelajar maut digilis kereta

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG pelajar maut setelah motosikal yang ditunggangnya terlanggar lubang lalu hilang kawalan dan digilis sebuah kereta dekat Jalan Ipoh-Lumut, di Ipoh pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 tengah hari itu, pelajar perempuan berusia 18 tahun terbabit mengalami kecederaan dalaman dan cedera parah di bahagian paha kanan.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Besar Batu Gajah.

 

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dari arah Ipoh ke Batu Gajah.

 

"Apabila sampai di tempat kejadian, dia terlanggar lubang di bahu kiri jalan kemudian hilang kawalan dan melanggar fender kiri hadapan sebuah kereta di laluan sama lalu terjatuh,"katanya.

 

Menurut Abang Zainal Abidin, kereta terbabit yang dipandu seorang wanita kemudian telah mengilis mangsa. 

 

Pemandu kereta terbabit bagaimanapun katanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

 

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 0136713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 

Foto: Polis

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, lubang yang sebelum ini…
Berita Global
  Menurut laporan tempatan, lubang tersebut muncul selepas paip air panas pecah dan menyebabkan…
Berita Domestik
  Peguambela yang mewakili Muhamad, Wahab Che Kob dan Nor Asniza Husin berkata kebenaran pampasan…