Hilang kawalan - Pemandu Range Rover rentung, dua penumpang parah

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu mati rentung selepas tersepit dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbakar sejurus terbabas di Kilometer 10 Jalan Bukit Pasir - Tongkang Pechah di Batu Pahat, malam tadi (Jumaat).


Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian pada jam 11.10 malam itu Range Rover dipandu mangsa dari arah bandar Batu Pahat ke Yong Peng itu hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh titi batu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Akibat kemalangan berkenaan kenderaan berkenaan terbakar menyebabkan pemandu berusia 43 tahun yang tersepit rentung," katanya dalam kenyataan hari ini (Sabtu).

 

Beliau berkata, manakala dua lagi penumpang masing-masing berusia 27 dan 25 mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk menerima rawatan," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Firdaus Ahmad berkata, sembilan anggota bomba, dua jentera dan satu EMRS daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 10.54 malam.

 

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati pemandu yang tersepit dalam kenderaan 90 peratus terbakar itu meninggal dunia akibat rentung dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 

"Manakala dua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejadian tersebut berlaku di wilayah selatan Guandong yang menyebabkan kematian seorang penunggang…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian itu…
Berita Global
Kejadian tersebut berlaku di wilayah selatan Guandong yang mengorbankan seorang penunggang…