Hilang kawalan - ATV jatuh tebing 3 meter, penumpang wanita cedera parah

oleh Penyumbang Rencana|
Gambar dari JBPM
Sememangnya aktiviti hujung minggu digalakkan samada bersama keluarga mahupun rakan. Apatah lagi aktiviti rekreasi yang memberikan kepuasan kepada diri sendiri.


Namun dalam menerokai aktiviti-aktiviti tersebut, tahap keselamatan jangan dilupakan!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau, seorang wanita, berusia 23 tahun telah mengalami kecederaan di kepala dan mulut selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) yang dinaikinya terjatuh dari tebing setinggi tiga meter ke kawasan berbatu di kawasan air terjun petang tadi (Sabtu).


Manakala pemandu kenderaan itu iaitu rakan wanitanya berusia 26 tahun, tidak mengalami kecederaan.


Menurut laporan Astro Awani, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 2.27 petang.


JBPM turut mengeluarkan kenyataan bahawa kemalangan yang melibatkan sebuah ATV telah terjatuh dari tebing kawasan tepi air terjun pada ketinggian tiga meter ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan-rakan.


“Pemandu dipercayai hilang kawalan menyebabkan ATV terjatuh dari tebing dan menghempap batu,” katanya dalam kenyataan.


Rawatan awal telah diberikan kepada mangsa oleh anggota yang tiba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau.


Mangsa kemudian telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Eduard, seorang jurutera, enjin 150cc diambil dari sebuah skuter China dan kelengkapan…
Berita Global
Projek tersebut dinamakan sebagai Swappable Batteries Consortium, dan berharap bakal mewujudkan…
Gaya Hidup
Tidak ramai di antara kita yang mendapat akses kepada pembelajaran pemanduan dunia nyata,…