Hiasi meja kerja anda dengan tetikus Toyota 2000GT skala 1:36

oleh Mohamad Hanif|
Toyota 2000GT, anak kelahiran daripada kerjasama antara Toyota dan Yamaha ini sememangnya merupakan satu ikon yang tiada tandingnya dari Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan antara tahun 1967 sehingga tahun 1970, hanya sebanyak 351 unit telah berjaya keluar daripada barisan produksi kilang menjadikannya kereta yang agak mahal untuk dimiliki melihatkan kepada status eksklusivitinya. 

Paling tidak, anda perlu memiliki wang di dalam akaun bank sekurang-kurangnya RM5 juta untuk membawa pulang Toyota 2000GT ini, itupun kalau kondisi masih cemerlang.

 


Jadi, buat anda yang tidak mahu memecahkan tabung, masih terdapat model replika 2000GT yang boleh anda miliki seperti contoh tetikus komputer yang kami paparkan pada artikel kali ini. 

Sebuah syarikat Jepun menawarkan sebuah model tetikus berbentuk Toyota 2000GT pada skala 1:36, serta lengkap dengan ciri menarik seperti lampu utama dan belakang yang menyala (dan boleh dimatikan), serta bentuk badan 2000GT yang serba seksi itu. 
 


Kami tidak pasti sama ada ia selesa digunakan ataupun tidak.

Pihak Camshop Jepun tidak mendedahkan berapa unit yang bakal dihasilkan, yang pasti berdasarkan penerangan ia bakal ditawarkan dalam unit yang sangat terhad.

Harga jualan pula bermula dari 7,109 yen atau RM281.80 mengikut kadar pertukaran matawang semasa. 


Berbaloi? Anda yang tentukan.

Sumber: Camshop

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kereta yang diperoleh daripada pengedar Toyopet Chiba pada ketika itu berada dalam keadaan yang…
Berita Global
Walaupun model tersebut wujud di dalam filem, akan tetapi Toyota sebenarnya tidak pernah langsung…
Berita Global
Malah pada awal tahun lalu, nilai untuk sebuah Toyota 2000GT sudah pun mencecah US$2.53 juta (RM11…