Hiace (generasi kelima) kini dengan Toyota Safety Sense - untuk pasaran Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Toyota HiAce generasi baharu (kod generasi H300) telah pun membuat kemunculan rasmi di Filipina pada tahun lalu membawakan rekaan cab-over serba baharu, anjakan daripada rekaan generasi lama yang masih berupa sebuah van.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun di Jepun, Hiace generasi kelima (kod generasi H200) masih lagi dijual walaupun ia sudah pun lama berada dipasaran semenjak tahun 2004 lagi.

Dan lebih mengejutkan, Toyota Jepun telah mengemaskini spesifikasi Toyota HiAce dengan ciri keselamatan terkini untuk model tahun 2020.

 


Antara ciri yang didatangkan adalah Toyota Safety Sense (TSS) yang menjadi kelaziman model-model Toyota terkini merangkumi ciri seperti sistem amaran pra-pelanggaran, suluhan tinggi automatik, amaran keluar laluan, dan bantuan pengesanan laluan.

Selain daripada itu, antara opsyen yang didatangkan termasuklah cermin digital yang merupakan cermin pandang belakang yang dilengkapi paparan, dan bantuan pandangan keliling panorama yang boleh diakses menerusi sistem infotainmen.

 


Toyota juga turut mendatangkan komponen kluster meter dengan rekaan baharu, serta skrin info bersaiz 4.2 inci yang menyerupai unit yang terdapat pada Fortuner bagi memudahkan pemandu membaca informasi serta fungsi TSS yang didatangkan itu tadi.

Melengkapkan kesemua ciri di atas adalah sistem Acceleration Supression Function (ASF) yang mampu mengelakkan pecutan yang tidak disengajakan.

 


Penjualan Toyota HiAce dengan Toyota Safety Sense ini dijadualkan bermula 1 Mei dan ciri tersebut adalah standard untuk kesemua varian.

Enjin pula masih kekal dengan penawaran nadi diesel turbo 2.8 liter, atau enjin petrol 2.7 liter atau 2.0 liter di mana kesemuanya didatangkan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, van Hiace generasi terdahulu masih lagi kekal di pasaran seperti Jepun, Asia Tenggara (…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah van Hiace yang diberikan rupa seakan Land Rover Defender.   Jika…
Berita Global
Toyota Australia baru-baru ini memperlihatkan sebuah model prototaip Hiace yang dilengkapi dengan…