HiAce baharu mungkin hadir dengan nadi V6 276 kuasa kuda

oleh Mohamad Hanif|

Kita sudah pun melihat dengan lebih dekat bagaimana Toyota HiAce generasi baharu bakal mengambil bentuk, sekaligus meninggalkan imej van flat-nose yang dibawakan sebelum ini. 

Perubahan daripada bentuk asal kepada reka bentuk hadapan yang dipanjangkan itu bukanlah suka-suka dibuat, ia bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan Hiace selain meluaskan lagi ruang kaki di baris hadapan. 
 


Terdapat dua versi jarak antara roda yang bakal dibawakan oleh HiAce, iaitu short dan long wheelbase, dan anda boleh saksikan perubahan dimensi yang dibawakan oleh generasi baharu daripada generasi terdahulu. 

Menerusi dokumen dalaman yang didedahkan oleh CarAdvice, selain daripada enjin diesel 1GD 2.8 liter sedia ada (177 hp), generasi baharu Toyota Hiace dikatakan bakal menerima enjin baharu bentangan V6 (276 hp).
 


Manakala transmisi pula akan ditawarkan dalam bentuk manual enam nisbah kelajuan ataupun automatik konvensional dengan enam nisbah kelajuan. 

Berdasarkan gambar intipan yang diperoleh sebelum ini, terdapat sekurang-kurangnya tiga varian utama yang bakal ditawarkan, iaitu van panel, van komuter yang biasa digunakan untuk mengangkut pekerja kilang dan versi yang lebih mewah dengan kemasan krom ala-ala abangnya Alphard dan Vellfire. 

Baca: Adakah ini Toyota Hiace generasi baharu?


Memandangkan Hiace di Jepun telah dikesan tanpa sebarang pelekat penyamaran, anda boleh nantikan pelancaran rasminya di sana pada bila-bila masa sahaja. 
 

Sumber: CarAdvice

Sumber gambar: Ajerul

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah untuk merakamkan gambar Volkswagen Golf 2020 (…
Berita Global
Langsung tiada pelekat samaran dikenakan, beberapa siri gambar kenderaan yang disyaki generasi…
Berita Global
Sudah agak lama Isuzu D-Max generasi kedua berada di pasaran sejak tahun 2012 tanpa sebarang…