Hexagon guna superkomputer terpantas dunia Fugaku jalankan simulasi untuk pembangunan kereta

oleh Mohamad Hanif|
Pembangunan kenderaan elektrik masa kini boleh dipercepatkan dengan mengeksploitasi kelebihan yang ada pada sebuah superkomputer berbanding penggunaan simulasi CFD (computational fluid dynamics) yang memerlukan memakan masa dengan kos operasi yang tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan itu, Hexagon kini bekerjasama dengan Fujitsu bagi membolehkan para pelanggan Cradle CFD menjalankan simulasi yang lebih kompleks dengan menggunakan bantuan superkomputer terpantas di dunia, Fugaku.

 


Fugaku (nama diinspirasikan daripada Gunung Fuji) merupakan sebuah superkomputer yang dibangunkan oleh Fujitsu dengan unit mikropemprosesan A64FX dan kelajuan 442 PFLOPS (floating point operations per second) yang jauh lebih pantas berbanding superkomputer IBM Summit (148 PFLOPS).

Dengan kelebihan yang ada pada Fugaku, para pelanggan Craddle CFD Hexagon boleh mendapat peluang untuk menjalankan simulasi yang lebih kompleks dalam masa yang lebih singkat, kos yang lebih jimat serta tidak memberikan kesan kepada alam sekitar.

 


Salah satu cabang yang bakal menerima manfaat adalah pengurusan haba yang sangat kritikal di dalam pembangunan sesebuah kenderaan elektrik.

Dengan penjimatan masa terhadap proses manual, para jurutera kini boleh menjalankan simulasi yang lebih terperinci dan lebih memahami kesan aerodinamik kepada pengurusan tenaga haba yang masih lagi menjadi cabaran utama di dalam pembangunan sesebuah EV.

Memahami kesemua isu ini menerusi simulasi beresolusi tinggi membolehkan para jurutera mencapai tahap rekaan yang optimum, dan mampu menawarkan model-model dengan rekaan yang lebih menarik untuk dipasarkan.