Hero kekal relevan, Nissan GT-R 2023 ditawarkan di AS, daripada RM538k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan GT-R 2023
Nissan GT-R 2023
Nissan GT-R pertama kali dikeluarkan pada Disember 2007 yang bermakna usianya sudah menjangkau lebih sedekad di pasaran. 

Walaupun sudah berusia, GT-R masih kekal menarik seolah-olah baru sahaja dilancarkan. Gayaan GT-R adalah definisi tak lapuk dek zaman dan sentiasa mempunyai peminat.

Bila pengeluaran GT-R akan dihentikan? Belum ada tanda-tanda dan Nissan Amerika Syarikat mengumumkan penawaran GT-R 2023.

Di Amerika Syarikat (AS), GT-R ditawarkan dalam dua varian iaitu GT-R Premium dan GT-R NISMO.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023
Nissan GT-R 2023

 

Seperti biasa, GT-R digerakkan enjin VR38DETT 3.8 liter V6 turbo berkembar dan padanan transmisi enam kelajuan dua cekam dan sistem pemanduan semua roda ATTESA E-TS.

Enjin itu menghamburkan 565 kuasa kuda (hp) pada 6,800 rpm dan daya kilas 633Nm dari 3,300 hingga 5,800 rpm.

GT-R NISMO pula berbeza dengan menggunakan pengecas turbo dari kereta lumba GT-R GT3 dan lebih berkuasa iaitu 600 hp dan daya kilas 652Nm dari 3,600 hingga 5,600 rpm.

Banyak lagi perbezaan pada GT-R NISMO seperti suspensi talaan khas NISMO, komponen badan gentian karbon,  dan brek seramik karbon Brembo® dengan cakera lebih besar.

 

Nissan GT-R 2023

 

Sebagai rujukan, cakera depan GT-R NISMO berukuran 16.14 x 1.50 inci di depan dan 15.35 x 1.26 inci di belakang. 

Cakera depan GT-R Premium pula berukuran 15.35 x 1.28 inci di depan dan 15.0 x 1.18 inci di belakang.

Saiz roda pun tidak sama, GT-R NISMO menggunakan roda depan berukuran 20 x 10.0 inci dan GT-R Premium dengan saiz 20 x 9.5 inci.

Kedua-dua roda belakang berkongsi saiz sama iaitu 20 x 10.5 inci dan begitu juga dengan tayar iaitu 255/40ZRF20 di depan dan 285/35ZRF20 di belakang.

Cumanya, tayar Dunlop® SP Sport Maxx GT600 pada GT-R NISMO menggunakan kompaun khas tidak seperti GT-R Premium.

 

Nissan GT-R 2023

 

Dari segi rekaan, GT-R NISMO dipakaikan roda RAYS sembillan rongga dan GT-R Premium dengan 20 rongga.

Satu lagi yang perlu diketahui, nisbah pembahagian berat kedua-dua varian tidak sama dengan GT-R NISMO mempunyai nisbah 54 dan 46 peratus di depan dan belakang.

GT-R Premium pula pada kadar 55 dan 45 peratus.

Walaupun lebih berorientasikan perlumbaan, GT-R NISMO dilengkapi sistem multimedia dan audio seperti GT-R Premium.

 

Nissan GT-R 2023 AS

 

Ada skrin sentuh saiz lapan inci dengan NissanConnect®, sistem navigasi dan sambungan Apple CarPlay®.

Turut dilengkapi sebelas pembesar suara dan Pembatalan Bunyi Aktif dari Bose®.

Bagaimana pula dengan harga? AS$113,540 (RM537,764.24) dan AS$210,740 (RM998,152.97).

Harga lebih tinggi semestinya untuk GT-R NISMO!

Penulis: Muhammad Md Tajudin Kredit foto: Nissan 

 

Nissan GT-R 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…
Berita Global
Lebih tepat lagi, AIM EV Sport 01 yang dihasilkan oleh Shiro Nakamura, bekas pereka Nissan GT-R…