"Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan) di KM225 Lebuhraya Utara-Selatan bakal berwajah baharu untuk memberikan lebih keselesaan kepada pengguna Lebuhraya PLUS," menurut kenyataan itu.
PLUS memaklumkan sepanjang tempoh kerja naik taraf itu dijalankan, semua gerai makanan, minuman, buah-buahan dan kemudahan awam sedia ada seperti kawasan tempat letak kenderaan, surau dan tandas di hentian itu juga akan ditutup.
"Untuk keselesaan pengguna, PLUS menyediakan kemudahan sementara seperti tandas dan surau. Selain itu, stesen minyak sedia ada, iaitu Caltex dan Petron masih dibuka dan beroperasi seperti biasa kepada semua pengguna lebuh raya.
"Sepanjang tempoh penutupan ini, pengguna lebuh raya yang menuju ke selatan boleh menggunakan R&R (Rehat dan Rawat) Gunung Semanggol (Arah Selatan), Hentian Sebelah Taiping (Arah Selatan), R&R Sungai Perak (Arah Selatan) atau mana-mana R&R dan hentian sebelah yang berdekatan untuk mendapatkan rehat dan keperluan lain dengan lebih selesa," menurut kenyataan itu.
Selain itu, PLUS memaklumkan pengguna lebuh raya juga boleh menggunakan kemudahan surau dan tandas di mana-mana plaza tol yang terdekat, selain disarankan supaya merancang perjalanan masing-masing sepanjang tempoh berkenaan.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.
"Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi PLUS, Pembantu Maya - PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.
"Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapat bantuan apabila berlaku kecemasan," menurut kentyataan itu.