Hennessey Venom F5 Roadster, lebih RM13 juta, buatan Texas Amerika Syarikat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey Venom F5 Roadster
Hennessey Venom F5 Roadster
Henessey Special Vehicles, syarikat pengeluar kereta hiper dari Texas, Amerika Syarikat memperkenalkan Venom F5 Roadster iaitu kembar Venom F5 Coupe yang dilancarkan pada 2021.

Bila ada model berbumbung, mestilah ditawarkan juga versi roadster yang hampir menjadi kewajipan untuk pengeluar kereta eksotik lain.

Kedua-dua model berkongsi komponen mekanikal yang hampir sama cuma model roadster biasanya memerlukan pengukuhan tambahan kepada casis kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hennessey Venom F5 Roadster

 

Venom F5 Coupe sejak dari awal lagi sudah dibayangkan untuk mempunyai model open top dan hanya perubahan kecil diperlukan untuk memperkukuhkan kekakuan, kekuatan dan ketegaran casis.

Venom F5 Roadster menggunakan casis monocoque gentian karbon dan pada bahagian tengah dipasang enjin 6.6 liter Fury V8 turbo berkembar dengan kuasa 1,817 hp dan daya kilas 1617 Nm!

Hennessey dengan kuasa luar biasa memang tidak boleh dipisahkan. 

 

Hennessey Venom F5 Roadster

 

Apa yang menarik ialah kuasa tersebut dihantar kepada roda belakang! Bagaimana memandu kereta kuasa tinggi dengan pacuan roda belakang? 

Enjin itu dipadan bersama kotak gear automatik tujuh kelajuan cekam tunggal. Berat kering kereta pula hanya 1,290 kilogram dengan kelajuan maksimum 483 km/j.

Hennessey menjangkakan Venom F5 Roadster dapat memecahkan rekod kereta convertible paling laju di dunia yang dipegang oleh Hennessey Venom GT Spyder dengan kelajuan 427 km/j.

 

Hennessey Venom F5 Roadster

 

Bumbung model ini diperbuat daripada komposit gentian karbon tegar dan dibalut dengan Alcantara.

Ianya dipasang dan boleh dibuka melalui empat bolt buka cepat dan sepasang selak kekuatan tinggi supaya dapat bertahan semasa pecutan tangkas dan daya aerodinamik pada kelajuan tinggi.

Berat panel bumbung itu hanya lapan kilogram dan boleh dipasang dan dibuka oleh seorang individu sahaja.

Selepas dibuka ianya boleh disimpan di dalam beg khas yang dibuat daripada wul Merino atau kekaki yang juga dibuat daripada gentian karbon.

 

Hennessey Venom F5 Roadster

 

Venom F5 Roadster mempunyai panel enjin dengan kaca tahan pecah baharu yang menampakkan enjin V8 berkuasa tinggi. 

Komponen itu bukan biasa-biasa, ianya dibangunkan dan diperakui untuk digunakan pada pesawat jet.

Kaca tersebut boleh menahan daya aerodinamik melebihi 427 km/j dan suhu menjangkaui 540 darjah selsius.

 

Hennessey Venom F5 Roadster

 

Satu lagi perbezaan utama dengan model coupe ialah reka bentuk roda. Roda tempa daripada aluminium aloi itu mempunyai tujuh rongga dan menyamai huruf H Henessey yang dipanjangkan.

Selain warna Hyper Silver, pemilik boleh memesan roda dalam kemasan aluminium bergilap yang dibuat dengan gilapan tangan dan tempoh berminggu-minggu untuk disiapkan.

Seperti biasa untuk kereta sebegini, pemilik boleh memadankan warna luar dan dalam mengikut kehendak mereka.

Tidak mahu warna pun boleh, biarkan sahaja casis dan panel badan gentian karbon terdedah dalam kemasan kilat atau satin bagi menampakkan imej yang lebih raw.

 

Hennessey Venom F5 Roadster

 

Hanya 30 buah Venom F5 Roadster ditawarkan berbanding 24 buah Venom F5 Coupe yang habis dijual sebaik sahaja dipertontonkan di Monterey pada 2021.

Harga yang ditawarkan Hennessey Special Vehicles untuk Venom F5 Roadster ialah AS$3 juta (RM13,446,900) dan pengeluaran bermula lewat 2022.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hennessey Venom F5 Roadster