Hennessey Venom 775 F-150, pikap raksasa berkuasa 775 bhp!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey Venom 775 F-150
Hennessey Venom 775 F-150
Dunia ubah suai pikap memang mengasyikkan. Anda boleh ubah suai untuk meredah hutan, kota konkrit atau bertanding di dalam perlumbaan drag seperti di Amerika Syarikat dan Thailand.

Pikap sememangnya kenderaan yang versatil dan di Amerika Syarikat, Ford F-150 sejak sekian lama menjadi model terlaris.

Bagaimana untuk menjadikan pikap yang berkuasa dan hebat itu lebih berprestasi? Hennessey Performance Engineering (HPE) ada caranya.

Syarikat terkenal dari Texas itu mengumumkan pembangunan Venom 775 F-150 yang diubah suai dari Ford F-150 telah pun siap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hennessey Venom 775 F-150

 

Berapakah kuasa yang dicapai? Hampir sekali ganda enjin standard 5.0 liter V8 F-150 iaitu 775 bhp pada 7,000 rpm atau peningkatan sebanyak 375 bhp.

HPE menggunakan pengecas lampau (supercharger) 3.0 liter twin screw dan intercooler baharu.

Banyak lagi yang dibuat di antaranya ialah naik taraf penapis udara, throttle body, palam pencucuh, ekzos dan sistem bahan bakar.

Sistem elektronik seperti ECM (engine control module) dan TCM (transmission control module) turut dinaik taraf.

 

Hennessey Venom 775 F-150

 

Dari segi prestasi, pikap dengan tork 929 Nm pada 4,800 rpm ini mampu memecut dari 0 hingga 97 km/j (60 bsj) dalam masa 3.9 saat sahaja.

Selain perubahan enjin, HPE turut menaik taraf keupayaan off-road dengan menambah tinggi sebanyak 6 inci dan tayar off-road saiz 35 inci dengan roda 20 inci Hennessey. 

Kelengkapan lain seperti lampu LED, bampar depan dan belakang baharu.

Hennessey Venom 775 F-150 dibuat sebanyak 100 unit sahaja dan menjadikannya pikap edisi terhad. 

 

Hennessey Venom 775 F-150

 

Berapa pula harganya? Dari $90,000 hingga $110,000 atau bersamaan RM375,435 hingga RM417,150. Harga itu termasuk Ford F-150 standard.

Selain membikin pikap sebegini, Hennessey juga mengeluarkan kereta hiper sendiri iaitu Venom F5 yang menggunakan enjin 6.6 liter V8 berkuasa 1,817 hp!

Hennessey bukan calang-calang syarikat penala dan kejuruteraan, setakat ini sebanyak lebih daripada 12,000 kenderaan disiapkan untuk pelanggan di serata dunia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hennessey Venom 775 F-150

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400…