Hennessey VelociRaptor Ranger - 500 unit terhad, harga dari RM266k

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Khusus buat rakyat Amerika yang mahukan sebuah Ford Ranger berprestasi tinggi (di sana tiada Ranger Raptor), Hennessey kini menyediakan jawapan sesuai buat mereka. 

Memperkenalkan, Hennessey VelociRaptor Ranger!

Dengan menampilkan banyak elemen yang diinspirasikan daripada model Raptor itu sendiri, VelociRaptor Ranger ini menerima tambahan dari segi dimensi lebar dan tinggi, serta tambahan kuasa juga. 
 


Enjin asal Ford EcoBoost 2.3 liter itu telah dirombak semula bagi meningkatkan kuasa daripada 270 hp kepada 350 kuasa kuda, dengan daya kilas 420 Nm. 

Terima kasih kepada kerja-kerja naiktaraf seperti penggunaan sistem induksi udara aliran tinggi, sistem ekzos tahan karat catback, serta ECU yang telah ditala semula, VelociRaptor Ranger kini mampu memecut sepantas 6.1 saat dari 0-100 km/j. 

Sebagai perbandingan, Ford Ranger standard mampu memecut sepantas 7.4 saat manakala Ford F-150 Raptor pula lebih pantas, sekitar 5.7 saat sahaja. 

Hennessey turut menjalankan proses modifikasi fasa 1 terhadap sistem suspensi off-road yang memberikan tambahan empat inci kepada ketinggian sedia ada. 
 


Dengan rim 17 inci HPE pula menghiasi ruang arca roda sebelum dibaluti dengan getah off-road BF Goodrich, VelociRaptor Ranger ini enam inci lebih tinggi berbanding Ford Ranger standard. 

Turut menerima penambahbaikan ialah penggunaan lampu jenis LED, naiktaraf cangkuk tunda serta bar lampu LED di bahagian bumbung.

Jika harga sebuah Ford Ranger berkisar sekitar $24,300 (RM99,498), Hennessey VelociRaptor Ranger pula dijual pada harga $64,950 (RM265,942) termasuk kos penderma Ford Ranger standard.

Sayangnya, Hennessey hanya memproduksikan kira-kira 500 unit VelociRaptor Ranger ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Global
Namun begitu, terdapat perancangan untuk menghasilkan variasi trak pikap talaan Ralliart, termasuk…
Model Terbaharu
Ford Ranger Raptor yang dijual masa kini ditawarkan dengan enjin 3.0L V6 turbo berkembar…