Hennessey VelociRaptor 6x6 - generasi ketiga, 558 hp, 911 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Hennessey Performance yang sangat terkenal dengan trak pikap berprestasi tinggi enam tayar itu kini menawarkan generasi ketiga trak VelociRaptor 6x6.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan menggunakan asas daripada Ford F-150 Raptor generasi baharu, Hennessey Performance menawarkan talaan enjin yang lebih bertenaga, serta tambahan gandar ketiga di bahagian belakang.

Tidak seperti VelociRaptor versi dua gandar berkuasa 600 hp, enjin 3.5 liter turbo berkembar bentangan V6 itu dikurangkan kuasanya kepada 558 hp sahaja, namun angka daya kilas telah dinaikkan sehingga 911 Nm.
 

6x6


Jauh lebih berkuasa berbanding model Raptor standard (450 hp/692 Nm).

Selain daripada naiktaraf kuasa, Hennessey turut melakukan perubahan terhadap sistem suspensi Fox dan gandar belakang jenis dual-lock yang dikatakan mampu untuk menambah 50 peratus daya cengkaman.

Dimensi ketinggian trak pikap ini juga telah bertambah disebabkan oleh penggunaan kit angkat tiga inci, rim Hennessey bersaiz 20 inci serta tayar off-road bersaiz 37 inci.
 

6x6


Kehadiran gandar ketiga menyebabkan struktur bed belakang asal sepanjang 1.67 meter itu telah bertambah kepada 2.4 meter, menawarkan lebih banyak ruang berbanding Raptor standard.

Generasi ketiga Hennessey VelociRaptor 6x6 ini dijual pada harga bermula $399,950, di mana harga tersebut termasuk kos untuk mendapatkan model penderma Ford F-150 Raptor.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, VelociRaptor 400 Bronco mampu memecut dari 0 km/j hingga 97 km/j dalam masa…
Berita Global
Pasukan pembangun di Hennessey Performance Engineering (HPE) dikatakan merancang untuk menghasilkan…
Berita Global
Boleh dikatakan kita di Malaysia sangat beruntung kerana Ford SDAC sangat memahami keperluan dan…