Hennessey VelociRaptor 500 Ranger, Ranger Raptor Dengan Lebih Kuasa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey VelociRaptor 500 Ranger 2023
Hennessey VelociRaptor 500 Ranger 2023
Pasaran Amerika Syarikat gah dengan pelbagai model pikap namun pengguna di negara itu tidak dapat menikmati pikap global popular seperti Ford Ranger dan Toyota Hilux.

Walaupun tanpa dua model tersebut pengguna mempunyai pilihan seperti Toyota Tacoma, Nissan Frontier dan model buatan Amerika Syarikat sendiri.

Ranger sebenarnya ditawarkan di sana sejak 1982 dan terhenti selepas pengeluaran generasi ketiga tamat pada 2011.

Status itu berubah apabila Ford menawarkan Ranger T6 pada 2019. Generasi Ranger sebelum itu mempunyai rekaan berbeza dengan Ranger global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hennessey VelociRaptor 500 Ranger 2023

 

Strategi penyeragaman di Amerika Syarikat diteruskan dengan pengenalan Ranger T6 generasi kedua pada Mei 2023.

Bila dah ada Ranger, mestilah ada Ranger Raptor dan tidak perlu menunggu lama Hennessey yang sudah bertahun mengubahsuai Ford tampil dengan VelociRaptor 500 Ranger.

Enjin asal 3.0 liter V6 turbo berkembar diubah suai yang melonjakkan kuasa dari 405 bhp kepada 500 bhp dan tork 583Nm kepada 745Nm!

Untuk output sebegitu, Hennessey memasang sistem pengambilan udara aliran tinggi, intercooler depan lebih besar dengan injap blow-off dan naik taraf perisian pengurusan enjin.

 

Hennessey VelociRaptor 500 Ranger 2023

 

Enjin yang sama seperti Bronco Raptor itu kekal dengan transmisi automatik sepuluh kelajuan.

Kuasa dihantar kepada sistem pacuan semua roda yang mempunyai penguncian pembeza (differential) depan dan belakang dan gear rendah untuk kegunaan off-road.

Sebagai sebuah model Raptor, Ranger ini hebat dengan penyerap hentak Fox, sistem ekzos aktif dan pelbagai mod pemanduan termasuk Rock Crawl dan Baja.

Pada bahagian luar VelociRaptor 500 tampil garang dengan bampar VelociRaptor dan lampu LED, rim 18 inci Hennessey dan tayar off-road 35 inci.

 

Hennessey VelociRaptor 500 Ranger 2023

 

Bahagian dalam pula dilengkapi kerusi dengan logo Hennessey, alas kaki semua cuaca dan plak nombor sebagai ciri khas.

Pakej Hennessey VelociRaptor 500 Ranger yang ditawarkan bermula daripada AS$24,950 (RM114,020) termasuk tiga tahun jaminan atau jarak pemanduan 36,000 batu (57,936 km).

Pengeluaran pikap ini dijadual bermula di Texas pada suku keempat 2023.

Penulis: Muhammad Md Tajudin