Hennessey ubah suai Cadillac Escalade, SUV 6.2L V8 berkuasa 650hp!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey H650 Escalade
Hennessey H650 Escalade
Jika kereta keluarga seperti sedan atau hatchback boleh diubah suai dengan kuasa tinggi, kenapa tidak kenderaan utiliti sukan (SUV) pun sama?

Ini yang ditunjukkan Hennessey melalui pakej naik taraf untuk Cadillac Escalade, Chevrolet Suburban, Chevrolet Tahoe dan GMC Yukon.

Enjin GM 6.2 liter V8 (L87 EcoTec3) yang digunakan pada kesemua SUV tersebut dinaikkan dari 420 kuasa kuda (hp) kepada 650 hp!

Bahagian kejuruteraan Hennessey telah membuat pengubahsuaian seperti penggunaan supercas 2.9 liter, sistem kemasukan udara dan intercooler aliran tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hennessey Supercharged H650 Escalade

 

Turut dipasang sistem pengudaraan kotak engkol (crankcase), rod tunjal dari chromoly dan pemetaan semula perisian pengurusan oleh Hennessey.

Satu lagi yang dipasang ialah set ekzos cat-back besi tahan karat untuk meningkatkan prestasi dan gema bunyi lebih tinggi.

Menariknya, Hennessey mengekalkan muncung ekzos seperti asal. Ini betul-betul SUV yang menyamar sopan.

Angka prestasi yang dicapai ialah 650 hp dan tork 892Nm dan dibuktikan melalui bacaan mesin dyno.

 

Hennessey Supercharged H650 Escalade

 

Semasa program pembangunan dijalankan, pecutan 0 hingga 97 kilometer sejam (km/j) Escalade yang diubah suai hanya memerlukan 5.3 saat.

Satu angka yang tangkas untuk SUV dengan berat lebih 2.5 tan dan panjang lebih 5.3 meter.

Walaupun enjin diusik, jurutera Hennessey membiarkan pemanduan dan pengendalian seperti mod suspensi, pemanduan dan pacuan semua roda dalam keadaan asal.

Harga? Kos untuk naik taraf ditawarkan pada harga AS$27,950 (RM119,749.47) dan setiap enjin yang diubah suai dilengkapi plak dengan nombor siri. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hennessey Supercharged H650 Escalade