Hennessey nak buat kereta enam roda! Guna enam motor elektrik!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey Project Deep Space
Hennessey Project Deep Space
Apakah kereta yang luar biasa? Ini contohnya, Hennessey dari Texas mahu mengeluarkan kereta pacuan enam roda pertama di dunia dengan kod projek Project Deep Space.

Hennessey adalah syarikat pengubahsuai kenderaan dan mengeluarkan kereta berprestasi tinggi Venom dan Project Deep Space adalah satu daripada tiga model baharu yang bakal dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun.

Project Deep Space adalah sebuah kereta elektrik hiper GT (grand tourer) dengan enam motor memacu keenam-enam roda.

Project Deep Space juga dikatakan kenderaan elektrik termahal dunia dengan harga bermula dari AS 3 juta dan sebagai sebuah grand tourer ia memberikan keselesaan kepada penumpangnya.

Kereta hiper ini bukan untuk dua tetapi empat penumpang dan boleh memuatkan empat set golf dan barangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hennessey Project Deep Space

 

Apa bagusnya kereta dengan enam roda?

Pertama sekali kenderaan dengan sejumlah roda adalah perkara biasa dan bukan untuk sebuah kereta penumpang.

Kereta hiper GT ini mempunyai lebih cengkaman dengan 50 peratus pertambahan hubungan di atas permukaan jalan berbanding kereta empat roda.

Bagaimana nak muatkan empat penumpang pada kereta begini?

Kesemuanya berada di dalam posisi berbentuk berlian dengan pemandu berada di tengah, dua lagi di kanan dan kiri manakala seorang lagi di belakang pemandu.

Dari segi kejuruteraan, kereta ini akan dibina menggunakan casis dan panel badan daripada gentian karbon ultra ringan dan mempunyai pintu jenis gullwing.

 

Hennessey Venom F5
Hennessey Venom F5

 

Seperkara lagi yang menarik apabila John Hennessey selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif memaklumkan berdasarkan pengalaman menghasilkan kereta dengan pecutan terpantas di dunia, prestasinya terhad disebabkan cengkaman mekanikal.

Dengan itu, enam roda janaan elektrik adalah jawapannya.

Projek ini akan dikeluarkan oleh Hennessey Special Vehicles di Sealy, Texas dan Hennessey turut bekerjasama dengan Shell Pennzoil dan Delta Cosworth bagi membangunkan rangkaian kuasa elektrik.

Spesifikasi penuh Project Deep Space belum dikongsi kecuali harga permulaan dan seperti biasa berapa banyak nak dikeluarkan?

Hanya 105 unit sahaja dengan pengeluaran dirancang bermula pada tahun 2026.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hennessey Venom F5