Hennessey Mammoth 1000 TRX Overland Edition, pikap kembara 1,000 hp!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey Mammoth 1000 TRX Overland Edition
Hennessey Mammoth 1000 TRX Overland Edition
Pada Jun 2021 Careta pernah memaparkan sebuah artikel tentang pikap luar biasa Hennessey MAMMOTH 1000 TRX yang menghasilkan 1,000 kuasa kuda (hp).

Hennessey kembali dengan pikap yang sama dan kali ini tampil membawa pakej menarik.

Alang-alang sebuah pikap, Hennessey memperkemaskan tawaran dengan memperkenalkan MAMMOTH 1000 TRX Overland Edition.

Satu kombinasi yang luar biasa, enjin 1,000 hp dan kelengkapan untuk kembara dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hennessey Mammoth 1000 TRX

 

Overland Edition ditawarkan untuk dua buah pikap iaitu MAMMOTH 900 atau MAMMOTH 1000 yang diubah suai dari pikap RAM TRX.

Sebagai imbasan, MAMMOTH 1000 TRX merupakan pikap paling laju dan berkuasa di dunia.

Prestasi itu disumbang oleh enjin 6.2 liter pengecas lampu Hellcat V8 dengan beberapa ubah suai seperti pengecas lampau 2.65L dan penyuntik bahan api lebih besar.

Turut dipasang sistem kemasukan udara aliran tinggi dan penalaan yang meningkatkan kuasa.

Selain menghamburkan 1,000 hp, pikap ini mempunyai daya kilas setinggi 1,314 Nm!

 

Hennessey Mammoth 1000 TRX

 

Kelengkapan pengembaraan pikap ini terdiri daripada khemah bumbung hard shell dari Nimbus bagi merehatkan badan selepas memandu seharian.

Untuk bersantai atau berteduh di tepi pikap sambil menghirup kopi dipasang bidai CVT Hybrid Awning saiz 55 inci dengan lampu LED.

Turut dibawa tangki air bertekanan dengan kapasiti 30.2 liter, dua tong bahan api, kapak 28 inci dan pengunci dan set penyodok berserta penutup.

Kesemua perkakasan kembara dunia itu dipasang pada rak belakang MAMMOTH yang lengkap dengan lampu (rock light), pemegang dan pendawaian penuh.

 

Hennessey Mammoth 1000 TRX Overland Edition

 

Keupayaan tunda MAMMOTH 1000 TRX lebih daripada tiga tan dan tiada masalah untuk membawa bebanan tambahan tersebut.

Berapa harga pakej kembara ini? AS$19,950 (RM90,817.03) siap dengan pemasangan.

Harga itu tidak termasuk pakej ubah suai MAMMOTH 1000 TRX yang bernilai AS$36,950 (RM168,210.01)

 

Hennessey Mammoth 1000 TRX Overland Edition

 

Menurut Hennessey, pelanggan biasanya akan mengambil pakej Stage 2 untuk ubah suai pada pikap TRX mereka. 

Pakej tersebut terdiri daripada bampar khas, lampu LED, tayar off-road 37 inci, kit pengarasan depan dan belakang dan pemijak boleh keluar (fold-out) elektronik.

Berapakah harganya? AS$21,950 (RM99,924.04) atau lebih murah, pakej Stage 1 yang berharga AS$17,950 (RM81,713.71) dan menggunakan tayar 35 inci.

Penulis: Muhammad Md Tajudin