Hennessey Mammoth 1000 6x6 TRX, pikap luar biasa harga lebih RM1.9 juta!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hennessey Mammoth 1000 6x6 TRX
Hennessey Mammoth 1000 6x6 TRX
Hennessey memang luar biasa! Pengeluar kereta hiper dan kenderaan berprestasi dari Texas sudah memulakan program pemasangan pikapnya yang paling besar iaitu Hennessey Mammoth 1000 6x6 TRX.

Roda bertambah dua, panjang 23.5 kaki, lebar hampir 7 kaki 88 inci dan kuasa yang dipertingkatkan sehingga lebih 1000 bhp.

Enjin standard 6.2L Hellcat V8 Dodge Ram TRX diubahsuai dan bertambah 300 hp kepada 1,012 bhp dengan tork meningkat 433 Nm kepada 1,314 Nm.

Apa yang Hennessey buat? Banyak, di antaranya set supercharger 2.65L aliran tinggi. Ubah suai dibuat pada bahagian kapi (pulley) depan dan belakang dan tali sawat tahan lasak (heavy duty).

Satu identiti Hennessey ialah ubah suai enjin yang dibuat seperti OEM, tiada komponen berwarna-warni atau kabel berselirat sana sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hennessey Mammoth 1000 6x6 TRX

 

Lagi ubah suai ialah pada laras suhu (thermostat) yang dipertingkatkan, palam pencucuh, penyuntik minyak dan penapis aliran tinggi.

Bahagian elektronik seperti ECM dan TCM turut dipertingkatkan.

Seperti yang boleh dilihat, Hennessey memasang satu lagi gandar di belakang dan saiz pikap ini bertambah lebih dari 4 kaki.

Gandar itu mempunyai pembeza yang boleh dikunci (lockable differential).

 

Hennessey Mammoth 1000 6x6 TRX

 

Set suspensi yang digunakan dari Bilstein dan gergasi ini menggunakan roda 20 inci dan tayar off-road saiz 37 inci.

Bampar depan dengan lampu LED dan bampar belakang pula buatan khas.

Roda ada enam, badan tinggi dan tidak perlu apa-apa lagi yang ekstrem untuk menyerlahkan pikap ini.

 

Hennessey Mammoth 1000 6x6 TRX

 

Hennessey sudah biasa dengan pikap 6x6 dan telah menghasilkan lebih daripada 20 buah VelociRaptor 6x6 dan Goliath 6x6 Silverado untuk pelanggan di serata dunia.

Bagaimana pula dengan harga? Bermula $449,950 (RM1,919,486) termasuk harga pikap Ram TRX dan waranti dua tahun atau jarak pemanduan 38,624 kilometer (20,000 batu).

Mereka yang berminat sudah pun boleh memesan pikap ini dengan penghantaran global disediakan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hennessey Mammoth 1000 6x6 TRX