Helmet gentian karbon mampu milik dari Zeus - bawak RM1k je boh!

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Ruang Space Shah Alam semalam, Zeus Helmet Malaysia melancarkan barisan model helmet baharu yang diperbuat daripada gentian karbon pada harga yang cukup mampu milik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model helmet yang dimaksudkan itu terdiri daripada ZS-1800B (jenis full face) dan ZS-608 (open face).

 

ZS-1800B


Helmet full-face ini diperbuat daripada bahan gentian karbon Toray ini turut menawarkan ciri menarik seperti:

  • berat 1.3 kg
  • sistem penyejukan dan ventilasi Zeus
  • visor 2D
  • spoiler belakang boleh laras
  • liner daripada bahan gentian arang buluh - bebas alergi dan bakteria

Zeus ZS-1800B merupakan helmet full-face gentian karbon yang paling murah di pasaran, dengan harga jualan bermula dari RM950.

 


Zeus juga turut menawarkan helmet edisi terhad sebanyak 100 unit sahaja, serta didatangkan dengan sijil pemilikan dan nombor siri yang dicetak pada bahagian belakang helmet dengan harga RM1,200.

Malah, bagi mereka yang berani boleh mendapatkan unit helmet dengan kod siri 001/100 pada harga RM8,888 di mana wang tersebut akan disalurkan kepada badan amal.
 

ZS-608


Sebuah lagi penawaran helmet gentian karbon adalah ZS-608 yang merupakan helmet jenis open face, sesuai digunakan untuk tunggangan seharian.

Ciri-ciri yang ada pada helmet ini termasuklah:

  • berat 1.23 kg
  • sistem ventilasi EPS, saluran udara atas dan belakang
  • liner anti-alergi dan anti-bakteria
  • visor anti-calar, serta visor suria

Harga jualan cadangan bermula dari RM650.

 

ZS-1900B


Dalam masa yang sama, Zeus turut menawarkan model helmet baharu yang lebih mampu milik diperbuat daripada  bahan gentian kaca.

Walaupun dengan bahan yang berbeza, ZS-1900B menawarkan ciri yang hampir serupa seperti yang terdapat pada ZS-1800B, dan harga jualan bermula dari RM580.

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zeus-helmets.com.my